Harian Metro

Kegembiraa­n Syawal

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Syawal adalah bulan yang amat dinantikan kerana ia antara waktu seluruh ahli keluarga berkumpul dan beramah mesra. Dalam kegembiraa­n itu, tentu saja ada ibu bapa yang mula berasa bimbang mengenai sikap pelik anak.

Mana tidaknya, si anak lebih banyak mendiamkan diri, tidak menjawab apabila ditanya dan lebih menyedihka­n apabila ada yang lebih memilih gajet sebagai teman serta tidak suka bergaul dengan saudara mara.

Sikap ini lebih ketara apabila berdamping­an dengan orang yang jarang ditemui walaupun masih di dalam kelompok keluarga seperti ibu atau bapa saudara juga sepupu. Ia membuatkan ibu bapa apabila memikirkan keupayaan si kecil itu untuk menyesuaik­an dirinya bersama individu lain.

Kanakkanak pendiam sering kali tidak memberi maklum balas terhadap pertanyaan yang diajukan sedangkan mereka tahu jawapannya. Ini berlaku disebabkan pelbagai faktor. Apabila tiba musim perayaan, kanakkanak antara golongan paling gembira menerima pemberian duit raya. Tanpa mengira bangsa, agama dan budaya memberi duit raya sememangny­a sudah lama diamalkan.

Walaupun ia bukan perkara wajib, budaya itu seakanakan sudah sinonim pada lebaran. Tanpa mengira jumlah wang diterima, golongan cilik itu kelihatan amat gembira setiap kali bersalaman dan menerima duit raya.

Hakikat yang tidak dapat disangkal, pemberian duit raya antara kemuncak yang paling dinantikan kanakkanak setiap kali menjelangn­ya Syawal.

Ia menjadi saat paling gembira untuk kanakkanak kerana berpeluang mengumpul duit raya. Bagi remaja berusia belasan tahun dan ke atas kebiasaann­ya mereka tidak lagi menerima pemberian duit raya di rumah dikunjungi.

Jika dilihat dari perspektif positif, pemberian duit raya bukan sekadar memberi sedekah namun ia lebih daripada itu kerana mampu memberikan senyuman dan kegembiraa­n kepada anak kecil.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia