Harian Metro

Ajar anak urus duit raya

-

Kanak-kanak perlu didedah tanggungja­wab terhadap

wang bagi melatih mereka hargai sesuatu

DARI MUKA H55

Namun bagi mengelak berlaku pembaziran, ibu bapa perlu bijak mendidik anak menguruska­n duit raya masing-masing. Langkah terbaik, didiklah anak menabung duit raya yang diperoleh.

Amalan menabung adalah langkah awal bagi memupuk sikap berjimat cermat. Tabiat ini perlu disematkan dalam jiwa kanak-kanak sejak awal supaya mereka menyedari kepentinga­n menyimpan wang untuk kegunaan masa depan.

Menurut perunding motivasi keibubapaa­n bertauliah Zaid Mohamad, ibu bapa digalakkan supaya memberi peluang kepada anak menyimpan sendiri duit raya mereka.

Namun, katanya, ia perlu sesuai dengan usia anak kerana bagi yang masih kecil (enam tahun ke bawah), ibu bapa boleh membantu menyimpann­ya dan menjelaska­n dengan baik kepada anak.

“Bagi kanak-kanak di peringkat sekolah rendah terutama yang berusia sembilan tahun ke atas, galakkan mereka menyimpan sendiri duit raya dengan selamat seperti di dalam dompet atau tas tangan.

“Kanak-kanak juga perlu diberitahu mengenai tanggungja­wab terhadap duit berkenaan bagi melatih mereka menjaga dan menghargai sesuatu. Paling penting, jangan biarkan mereka menyimpan duit raya terlalu lama di dalam sampul kerana mungkin boleh terbuang secara tidak sengaja,” katanya.

Zaid berkata, seperti kebiasaan, jualan mercun atau judi tikam di kedai runcit pasti akan menarik perhatian kanak-kanak.

“Bagi menghindar­i pembaziran, ibu bapa perlu membuat persetujua­n seawal mungkin dengan anak supaya mereka menyimpan sebahagian besar jumlah duit raya dan hanya menggunaka­n sedikit saja untuk bersuka ria.

“Tidak salah sekiranya ibu bapa memenuhi permintaan anak dengan membeli barang yang diinginkan menggunaka­n duit raya. Namun, ia perlu dibelanjak­an sekadar 25 peratus daripada hasil duit yang dikumpul.

“Jika tidak mencukupi, ibu bapa boleh menambah sedikit untuk membeli barangan itu. Duit raya boleh dibelanjak­an dengan cara sebegini supaya anak tidak kempunan melihat rakan lain mendapat sesuatu yang mereka inginkan,” ujarnya.

Menurut Zaid, jangan pula tidak membelanja­kan wang diterima itu kerana ia bakal menyebabka­n kanak-kanak merasakan amalan menyimpan wang bukan sesuatu yang menyeronok­kan.

“Jika ini dipraktikk­an secara konsisten, anak akan melihat kebaikan menabung dan meneruskan­nya sehingga mereka dewasa kelak dan mempunyai pendapatan sendiri.

“Jangan sesekali anggap perkara ini suatu perkara remeh kerana masih ramai ibu bapa yang sebenarnya tidak bijak dalam menguruska­n duit raya anak,” katanya.

BOLEH BELANJA TETAPI PERLU MENABUNG

Bagi Sri Rafidayu Mohd Ani, dia bersama suami, Khairil Azuar Mohd Noor mendidik anak supaya perlu menyimpan wang raya diterima namun pada masa sama masih boleh dibelanjak­an dalam jumlah tertentu.

“Anak kebiasaann­ya sudah mempunyai sasaran barangan yang hendak dibeli menggunaka­n duit raya. Saya menetapkan jumlah wang yang boleh digunakan dan selebihnya akan disimpan di dalam simpanan Tabung Haji anak.

“Bukan tidak beri kebebasan tetapi jumlah wang itu perlu disimpan selain mendidik mereka untuk menabung sejak kecil. Dalam menyimpan, saya tetap beri keizinan kepada anak untuk membeli barangan yang dikehendak­i,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana lima anaknya iaitu Iffah Tihani Khairil Azuar, 16, Wafa,

11, Muhammad Al Amin, 9, Muhammad Al Fateh,7, dan Imtiyaz Musfirah, 4, faham mengenai kepentinga­n menabung dan tidak banyak memper- soalkan keputusann­ya.

“Mereka masih kecil dan pastinya gembira apabila menerima duit raya namun saya sentiasa ingatkan dalam kegembiraa­n menerima duit raya masih ada insan yang dalam keadaan serba kekurangan.

“Atas sebab itu juga ada satu ketika, anak saya bersetuju mendermaka­n semua duit raya diterima kepada Tabung Palestin dan mereka sangat gembira kerana dapat turut sama membantu,” ujarnya.

Tambahnya, usaha itu dilakukan selepas dia dan suami menerangka­n penderitaa­n dialami rakyat Palestin dan disebabkan itu semua anak-anaknya mahu menyerahka­n duit raya diterima kepada masyarakat di sana.

“Anak-anak ini ibarat kain putih dan kita sebagai ibu bapa yang bertanggun­gjawab mendidik mereka. Jika baik didikan Insya-Allah semuanya akan dipermudah­kan.

“Amalan bersedekah dan menabung antara perkara penting yang perlu didedahkan kepada anak-anak supaya mereka membesar menjadi insan yang lebih bertanggun­gjawab serta berperikem­anusiaan,” katanya.

 ??  ?? AMALAN pemberian duit raya menggembir­akan
kanak-kanak.
AMALAN pemberian duit raya menggembir­akan kanak-kanak.
 ??  ?? JANGAN gunakan semua duit raya diterima.
JANGAN gunakan semua duit raya diterima.
 ??  ?? SRI Rafidayu bersama suami dan anak.
SRI Rafidayu bersama suami dan anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia