Harian Metro

Dorongan ibu bapa

-

DARI MUKA H58

Antara faktor yang mempengaru­hi sikap pendiam seseorang kanakkanak ialah genetik, pendedahan ibu bapa kepada ilmu bersosial, persekitar­an, gaya hidup dan asuhan penjaga atau pengasuh.

Pakar Psikoterap­i Klinikal & Pengetua Akademi Keibubapaa­n Asia Ko Teik Yen berkata, musim perayaan boleh digunakan sebagai masa terbaik mendidik anak bergaul mesra dengan individu lain.

“Ketika hari raya, kita banyak bertemu ramai orang dan ia boleh digunakan sebaik mungkin mendidik anak berkomunik­asi dan sekurang-kurangnya menegur sanak saudara serta berkongsi cerita.

“Tidak perlu terlalu memaksa, cukup sekadar ingatkan dan ajar mereka supaya jawab apabila ditanya dan beranikan diri bergaul dengan saudara seusia dengannya,” katanya.

Menurutnya, sikap kanak-kanak yang tidak mahu bercakap, enggan bergaul dan mempunyai personalit­i seolah-olah tidak suka bersosial kebiasaann­ya disebabkan faktor genetik yang diperoleh daripada keturunann­ya.

“Kebiasaann­ya, apabila ibu atau bapa kurang bercakap atau pendiam, anaknya mempunyai potensi lebih besar untuk mewarisi sikap itu.

“Anak mungkin tidak boleh lari daripada memiliki genetik pendiam, tetapi mereka boleh diasuh dan diberi pendedahan kepada ilmu bersosial. Namun, jika tiada pendedahan diberi kepada anak, mereka akan terusmener­us menjadi pendiam dan inilah sebabnya interaksi sosial sukar untuk diterapkan.

“Disebabkan itu, dorongan dan didikan ibu bapa serta individu yang mempunyai kaitan rapat dengan kanak-kanak itu amat penting kerana ia dapat memberikan pengaruh besar dalam pembentuka­n keperibadi­annya, sekali gus menentukan sikap kanak-kanak terbabit, paling penting dihantar ke pusat asuhan dengan yang dijaga rumah. Di pusat asuhan, kanak-kanak lebih banyak bergaul, mudah mesra, tidak pemalu, keletah dengan ramai rakan yang pelbagai usia berbanding anak yang dijaga di rumah kerana hanya ditemani ibu, datuk, nenek atau pembantu rumah.

“Namun sekiranya penjaganya rajin melayan si kecil untuk berkomunik­asi dan menggalakk­annya bercakap, sikap pendiam boleh diatasi kerana pengaruh asuhan mempunyai kuasa yang agak besar dalam pembentuka­n keperibadi­an kanak-kanak,” katanya.

Ko berkata, kanak-kanak menjadi pendiam disebabkan asuhan di peringkat tumbesaran dan gaya hidupnya. Kanakkanak memerlukan rangsangan daripada ibu bapa untuk mengajar mereka berinterak­si dengan persekitar­an.

“Inilah sebabnya cara asuhan yang diterima dan pendedahan kepada persekitar­an penting dalam menentukan sikap pendiam kanak-kanak selain faktor genetik yang memang ada dalam diri mereka.

“Kanak-kanak pendiam perlu diajar cara berinterak­si dan didedahkan dengan persekitar­an yang melebihi sempadan adikberadi­k dan saudara-mara iaitu mereka perlu dibiarkan bersosial dengan rakan sebaya, jiran atau rakan ibu bapa,” ujarnya.

Katanya, ibu bapa juga perlu menunjukka­n contoh terbaik dalam bersosial dan tidak terlalu bergantung hidup dengan alat komunikasi terutamany­a telefon pintar.

“Mereka sering lihat apa yang ibu bapa lakukan dan jika ibu bapa itu sendiri tidak banyak bercakap dan hanya menghabisk­an masa dengan melayari Internet, anak-anak akan ikut tingkah laku itu.

“Musim perayaan ini sepatutnya digunakan sebaik mungkin oleh si ibu dan si bapa mendidik anak-anak bergaul dan bermesra dengan ahli keluarga. Didik dari awal, ajar mereka supaya bercakap lembut dengan golongan berusia dan meluangkan masa bermain bersama rakan sebaya di kampung,” katanya.

Tambah Ko, atas faktor itu, ibu bapa perlu peka dan bertindak secara rasional dalam membantu anak-anak yang agak pendiam ini supaya mereka dapat bergaul dengan baik.

“Pengaruh gajet atau telefon bimbit juga semakin membimbang­kan kerana kajian mendapati kanak-kanak cenderung untuk mendiamkan diri dan menyendiri sekiranya terlalu terdedah dengan alat teknologi itu.

“Jangan biarkan mereka taasub dengan gajet dan kawal gerak-geri anak supaya perkara negatif tidak mempengaru­hi pemikiran mereka yang akhirnya merosakkan keperibadi­an kanak-kanak itu. Pada musim perayaan ini, lebih baik sekiranya ibu bapa belikan barangan permainan yang digemari dan ajar anak-anak supaya bermain bersama sanak saudara ketika di kampung,” ujarnya.

Tambahnya, paling utama jangan sesekali bandingkan atau merendah-rendahkan anak yang pendiam dengan orang lain bagi memastikan mereka tidak terus mendiamkan diri.

TIP GALAKKAN ANAK BERCAKAP

Ko berkongsi beberapa kaedah yang boleh dilakukan bagi meningkatk­an kemahiran komunikasi kanak-kanak:

Banyakkan komunikasi, bercerita dan menggalakk­an anak bercerita mengenai perjalanan hariannya kepada anda. Untuk menggalakk­an anak bercerita, anda boleh bertanya mengenai rakan baiknya dan peristiwa menarik pada hari itu.

Mencari idea untuk memastikan anak gemar mengadu atau bercerita kepada anda.

Sentiasa menunjukka­n contoh sifat peramah seperti bergaul mesra dengan saudara-mara serta jiran tetangga.

Minta pandangann­ya dalam perkara yang membabitka­n dirinya

Jangan sesekali memperkeci­l-kecilkan dirinya kerana ia akan lebih memburukka­n keadaan.Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? GUNAKAN musim perayaan
untuk didik anak bergaul.
GUNAKAN musim perayaan untuk didik anak bergaul.
 ??  ?? BERI tumpuan kepada anakanak.
BERI tumpuan kepada anakanak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia