Harian Metro

Tidak sesukar disangka

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Cara penyediaan apam gula hangus ikut resipi

turun-temurun

Aidilfitri kini sinonim dengan juadah biskut raya menggunaka­n resipi terkini. Mungkin kerana mudah didapati selain boleh disediakan sendiri menggunaka­n resipi di

Internet, hampir di kebanyakan rumah akan menyajikan hidangan biskut raya moden berbanding kuih tradisiona­l.

Realitinya, kuih tradisiona­l tidak akan luput ditelan zaman, atas faktor keenakan rasanya serta mempunyai keistimewa­an tersendiri menjadikan kuih tradisiona­l antara kegemaran semua golongan tanpa mengira usia.

Namun menyediaka­n kuih-muih tradisiona­l sering dianggap susah dan rumit, walaupun hakikatnya ia tidaklah sesukar disangka namun tidak semua individu mampu menyediaka­n kuih tradisiona­l yang enak.

Apam gula hangus antara kuih tradisiona­l yang dianggap sukar disediakan, mana tidaknya jika tersalah adunan dan cara, ia tidak dapat menghasilk­an rasa sebenar kuih itu.

Kuih ini tidak seperti karipap atau keria yang mudah ditemui dan atas sebab itu mungkin ada juga di antara generasi kini yang tidak tahu atau tidak pernah merasai keenakan kuih ini.

Menurut suri rumah

Norizan Mat Hussin, walaupun dianggap rumit, pada hakikatnya proses menyediaka­n apam gula hangus tidaklah sesukar disangka.

“Mungkin ramai yang anggap susah kerana tidak tahu resipi juga cara penyediaan­nya, saya yakin sekiranya pernah mencuba dan mengikut resipi tepat pasti kuih ini boleh disediakan sesiapa saja.

“Bukan saja apam, malah kek gula hangus juga menggunaka­n resipi yang hampir sama. Selain mematuhi cara penyediaan dan paling penting gula perlu dihanguska­n dengan betul,” katanya.

Menggunaka­n resipi turuntemur­un keluarga, Norizan berkongsi resipi serta langkah demi langkah menyediaka­n apam gula hangus yang boleh dijadikan hidangan kepada tetamu yang hadir pada hari raya.

 ??  ?? Cara:
1. Satukan gula dengan dua cawan air masak. Masak di atas api sederhana. Kacau rata dan pastikan gula tidak berketul. Matikan api apabila gula sudah bertukar warna dan kelihatan sebati. Ketepikan.
2. Pukul telur hingga kembang. Masukkan esen...
Cara: 1. Satukan gula dengan dua cawan air masak. Masak di atas api sederhana. Kacau rata dan pastikan gula tidak berketul. Matikan api apabila gula sudah bertukar warna dan kelihatan sebati. Ketepikan. 2. Pukul telur hingga kembang. Masukkan esen...
 ??  ??
 ??  ?? BAHAN:
3 biji telur ayam
Sedikit esen vanila 1 cawan susu pekat manis 1 cawan minyak masak 2 cawan tepung gandum 1 sudu besar serbuk penaik
1 cawan gula
2 cawan air masak
BAHAN: 3 biji telur ayam Sedikit esen vanila 1 cawan susu pekat manis 1 cawan minyak masak 2 cawan tepung gandum 1 sudu besar serbuk penaik 1 cawan gula 2 cawan air masak
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia