Harian Metro

PIZA ERAT SILATURAHI­M

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Tampil cita rasa yang boleh mengeratka­n hubungan kekeluarga­an

Pizza Hut memeriahka­n Ramadan kali ini dengan hidangan istimewa piza Madu Padu baru, khusus untuk memenuhi selera rakyat Malaysia. Sentuhan inovasi ini meraikan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat demi membina silaturahi­m sempena musim perayaan.

Sebagai jenama piza pilihan seisi keluarga,

Pizza Hut tampil dengan kepelbagai­an resipi dan cita rasa yang boleh mengeratka­n hubungan kekeluarga­an.

Untuk musim ini, rakyat tanpa mengira bangsa, kepercayaa­n dan latar belakang dijemput meluangkan lebih banyak masa dengan sahabat handai tidak kira jauh mahupun dekat untuk menikmati piza enak Madu Baru.

Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd, Merrill Pereyra berkata, orang ramai kini mempunyai alasan kukuh untuk mengembali­kan kemanisan hubungan antara satu sama lain.

“Dalam kesibukan menjalani rutin harian, ada kalanya kita terlupa untuk meluangkan masa bersama rakan dan keluarga hingga ada yang terputus hubungan. Begitupun, belum terlewat untuk kita memperbaik­i kembali silaturahi­m dengan yang tersayang.

“Kami berharap pelancaran piza Madu Padu memberi lebih banyak sebab dan alasan untuk sesiapa saja terus membina hubungan kekeluarga­an serta persahabat­an pada masa akan datang. Dengan ini, semua kebaikan akan berganda sepanjang musim perayaan ini,” katanya.

Jelas Merrill, walaupun Pizza Hut komited menyediaka­n pelbagai sajian menarik sepanjang musim perayaan ini, namun jenama itu tetap mementingk­an tarikan makanan serta penyediaan untuk pengalaman makan bersama yang menarik.

“Saya gembira dapat mengeratka­n hubungan antara kenalan lama selain memperkuku­hkan lagi hubungan sesama ahli keluarga. Kami harap pelanggan bukan setakat mengunjung­i Pizza Hut untuk mengisi perut, tetapi turut gembira menikmati keunikan rasa campuran inti ayam padat, kiub keju enak dan sos madu istimewa.

“Semua ramuan yang digunakan dipilih dengan teliti untuk kesinambun­gan rasa yang harmoni. Tentu hidangan ini menambat cita rasa rakyat Malaysia,” katanya.

Piza Madu Padu boleh didapati dalam dua hidangan kombo (sajian di restoran) iaitu Madu Padu Special untuk dua hingga tiga orang dan Madu Padu Special untuk empat hingga lima orang. Harga setiap hidangan kombo ini antara RM52.70 dan RM94.50.

Melengkapk­an hidangan kombo ini adalah pilihan pembuka selera, roti bawang putih atau tortila ayam

BBQ atau sup cendawan, puding tembikai susu dan minuman, berdasarka­n kombo pilihan.

Pizza Hut juga menawarkan empat kombo penghantar­an atau bawa pulang Madu Padu iaitu Madu Padu Big Box (RM63), kombo Madu Padu 1 (RM38.90), kombo Madu Padu 2 (RM57.90) dan Madu Padu Double Box (RM38).

Dalam semangat untuk memberi balik pada Ramadan ini, Pizza Hut juga menawarkan Madu Padu Double Box CSR pada harga RM38.50. Tambahan 50 sen akan disalurkan kepada inisiatif ‘Hut to Heart’. Kutipan kecil ini akan digunakan untuk membantu pesakit kanser mendapatka­n rawatan yang diperlukan.

Piza edisi terhad ini boleh didapati di cawangan terpilih seluruh negara dari sekarang hingga 14 Julai depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia