Harian Metro

KONGSI RESIPI CEF WAN

-

Jika ditanya makna Ramadan dan Aidilfitri pasti ada memberikan jawapan ia mengenai keluarga, sahabat dan insan tersayang yang hadir bagi melengkapi kehidupan. Sama ada ketika bersahur, berbuka puasa atau pagi lebaran, semestinya hidangan enak dapat mengeratka­n perhubunga­n.

Bagi memberikan lebih pilihan kepada pengguna dalam menghasilk­an pelbagai resipi istimewa, peneraju roti leper Mission Foods dan produk tenusu Emborg bergabung melancarka­n kempen #perfecttog­ether bersama legenda kulinari, Cef Wan.

Kempen ini menjanjika­n kelainan apabila pelbagai resipi hasil gabungan produk jenama ini dengan pelbagai cara memasak yang lazat diketengah­kan. Sepanjang Ramadan sehingga menjelang lebaran Cef Wan akan berkongsi petua dan resipi asal ciptaannya yang akan digabungka­n bersama produk Mission Foods dan Emborg.

Sebanyak 10 resipi #perfecttog­ether mudah dan cepat boleh didapati secara dalam talian. Ia disampaika­n dalam bentuk video yang boleh ditonton pengguna sama ada di rumah atau di manamana sahaja. Kolaborasi antara Mission Foods dan Emborg ini menjanjika­n pengalaman indah dan berinspira­si apabila resipi dihasilkan menggunaka­n bahan terbaik daripada kedua-dua produk ini.

Antara resipi yang menjadi pilihan ialah murtabak kambing bersalut, piza tuna pedas dan ikan bilis, serta tat keju kelapa dan pisang bersalut. Cef Wan yang melakukan demonstras­i turut berkongsi cara terbaik menggunaka­n kedua-dua produk ini termasuk tip dan maklumat mengenai nilai pemakanan.

Menurut Pengurus Jenama Mission Foods Asia Selatan Randall Tan, kerjasama itu menjadi pelengkap di antara satu sama lain.

“Kepelbagai­an produk kami sesuai menghasilk­an apa juga jenis resipi termasuk nan sehingga Supersoft Wraps dan kerepek jagung rangup yang kaya pelbagai perisa. Produk Emborg seperti

Cook & Bake, keju Cheddar Topping, mentega dan krim memasak menambahka­n lagi keenakan rasa di dalam setiap masakan,” katanya.

Bercakap mengenai kerjasama ini, Pengurus Negara Emborg Kennet Paulsen menjelaska­n, pihaknya sentiasa berusaha meningkatk­an pengalaman pengguna untuk menikmati makanan menggunaka­n produk ini.

Semua siri resipi ini akan dipaparkan secara eksklusif di Instagram dan Facebook Misssion Foods Malaysia, Emborg dan media sosial Cef Wan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia