Harian Metro

JAMU SELERA BERSAMA INSAN TERSAYANG

-

Ramadan dan Syawal adalah dua bulan yang cukup istimewa kerana kemeriahan­nya dirasai semua tanpa mengira kaum dan agama. Malah, kala ini semua pihak berusaha tampil dengan menu menarik untuk dinikmati bersama insan tersayang.

The Coffee Bean & Tea Leaf (CB&TL) meraikan Ramadan dan Syawal ini dengan hidangan istimewa, sesuai untuk dinikmati di waktu santai ‘Coffee, Tea & Harmony’ bersama rakan dan keluarga. Nikmati dua hidangan istimewa terbaru iaitu Sundanese Salad yang dilengkapi dengan tempe, daun salad romaine, telur, tauhu dan sos kacang enak serta pencuci mulut Chocolate Harmony Cake yang disaluti lapisan coklat lazat.

Menurut Pengarah Pemasaran & Pembanguna­n CB&TL Malaysia Fiona Rodrigues, tahun ini pihaknya ingin meraikan pelanggan dengan hidangan yang lazat dan istimewa apabila mengetenga­hkan bahan tempatan dalam menunya, contohnya kek kegemaran ramai iaitu

The Straits Cake yang mengandung­i Pandan dan Gula Melaka.

Terdapat juga pilihan minuman kopi baharu iaitu Sea Salt Caramel dan Coconut Caramel untuk dinikmati. Sea Salt Caramel menggabung­kan garam laut dan kemanisan karamel, ditambah dengan taburan karamel masin. Coconut Caramel pula mengandung­i rasa tropika dengan tambahan sos karamel. Kedua-dua minuman boleh dinikmati sama ada panas, sejuk, atau Ice Blended bermula dari sekarang hingga 4 Julai di semua cawanganny­a.

Malah, bermula dari sekarang hingga 14 Jun ini, pelanggan boleh menikmati satu hidangan pencuci mulut percuma dengan promosi Ramadan Late Night Dessert

Special. Anda hanya perlu membeli dua minuman 350 ml, bermula dari jam 8 malam hingga waktu tutup.

 ??  ?? CEF Wan menunjukka­n cara membuat murtabak kepada wakil media.
CEF Wan menunjukka­n cara membuat murtabak kepada wakil media.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia