Harian Metro

SALAM LEBARAN

-

Setiap tahun, Ramadan adalah masa paling sibuk bagi kakitangan di Unit Hiburan Harian Metro dan Metro Ahad.

Ini kerana kami perlu menyiapkan keluaran khas RAP dan Selebriti sempena Aidilfitri lebih awal sebelum masingmasi­ng pulang meraikan Aidilfitri bersama keluarga.

Tugasan juga berganda daripada hari biasa apabila bukan saja perlu membuat liputan pelbagai acara seni malah menghadiri acara berbuka puasa anjuran pelbagai pihak dan mengatur sesi fotografi khas lebaran bersama selebriti tanah air.

Seperti biasa, selebriti yang terbabit dengan fotografi khas ini akan menggayaka­n pelbagai fesyen raya terkini sentuhan pereka fesyen terkenal tanah air.

Satu kepuasan bagi kami apabila selebriti tampil anggun bergaya depan kamera malah pelbagai kisah mengenai sambutan Aidilfiri dikupas untuk dikongsi bersama pembaca.

Meski terkejar-kejar melunaskan tugasan masing-masing sepanjang Ramadan, kami tidak pernah mengeluh sebaliknya menganggap ia sebagai perkara manis bagi petugas media.

Makin hampir tarikh 1 Syawal, makin rancak kami menyiapkan artikel yang sudah ditetapkan dari awal. Masing-masing mengira berapa lagi baki artikel yang perlu dihantar kerana tak sabar mahu pulang ke kampung untuk bertemu keluarga tercinta.

Hari terakhir bekerja bagaikan pesta. Maklumlah, segala ‘hutang’ kerja sudah dilunaskan dan boleh beraya dengan tenang.

Dalam kalangan kami, ada yang menyambut Aidilfitri di ibu kota, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka.

Di kesempatan ini kami mengucapka­n selamat Aidilfitri, maaf zahir dan batin khas buat semua pembaca Harian Metro dan Metro Ahad termasuk yang mengikuti cerita kami di dalam talian.

Tidak lupa buat barisan selebriti tanah air yang meluangkan masa menjayakan sesi fotografi dan ditemu bual untuk keluaran Aidilfitri ini. Kepada warga seni yang selama ini menyokong Harian Metro, terima kasih daun keladi. Kami menyusun 10 jari memohon maaf, sekiranya sepanjang kita bekerjasam­a ada paparan penulisan yang kurang menyenangk­an atau menyentuh sensitivit­i peribadi kalian.

Diharapkan hubungan silaturahi­m yang terjalin selama ini terpelihar­a baik dan berterusan.

Sekali lagi selamat hari raya, maaf zahir batin.

 ??  ?? KAKITANGAN Unit Hiburan Harian Metro dan Metro Ahad diketuai Pengarang Hiburan Riadz Radzi (duduk lima dari kanan) dan Penolong Pengarang Hiburan Shakilawat­i Abd Rahman (duduk enam dari kanan) bersama wartawan (dari kanan), Michelle Gun, Ardini Sophia...
KAKITANGAN Unit Hiburan Harian Metro dan Metro Ahad diketuai Pengarang Hiburan Riadz Radzi (duduk lima dari kanan) dan Penolong Pengarang Hiburan Shakilawat­i Abd Rahman (duduk enam dari kanan) bersama wartawan (dari kanan), Michelle Gun, Ardini Sophia...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia