Harian Metro

Nak belanja berbuka pun berkira!

-

Luaran artis ini nampak hidup selesa kerana tidak pernah putus undangan menjayakan persembaha­n.

Bukan saja menceburi bisnes, artis ini juga bijak menyimpan dan membuat pelaburan untuk masa depan.

Namun, kata rakan SS artis ini sangat berkira dan kedekut orangnya.

Menurut rakan SS, perkara itu dialaminya sendiri ketika berurusan dengan artis terbabit dalam satu program Ramadan baru-baru ini.

Secara kebetulan, rakan SS terpaksa membawa empat anaknya sekali ke majlis terbabit.

Memandangk­an artis itu duta program terbabit, rakan SS sangat berharap jika empat anaknya dapat berbuka sekali di majlis itu secara percuma.

Bagaimanap­un, rakan SS terkejut apabila artis itu memberitah­u hanya seorang daripada empat anaknya tidak dikenakan bayaran dan selebihnya dia meminta rakan SS untuk membuat bayaran untuk berbuka di majlis itu.

Kerana berasa malu, rakan SS membatalka­n hasrat untuk berbuka puasa di majlis itu bersama anaknya.

Bagi SS pula, tidak sepatutnya artis itu memperlaku­kan rakan SS sedemikian.

Apa salahnya jika artis itu menaja empat anak rakan SS sekali gus untuk menikmati buka puasa di majlis yang dia adalah duta dan tuan rumah?

Anggaplah jamuan buka puasa bersama anak rakan SS itu sebagai sedekah dan saham akhirat.

SS: Pahala berganda apabila kita kongsi rezeki dengan orang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia