Harian Metro

Samun premis ‘haram’

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

 Tiga lelaki termasuk seorang konstabel rompak pusat hiburan, kafe siber tiada lesen perniagaan

Tiga lelaki termasuk seorang anggota polis berpangkat konstabel dikesan menyasarka­n pusat hiburan dan kafe siber tanpa lesen perniagaan untuk melakukan jenayah samun.

Bagaimanap­un kegiatan mereka terbongkar selepas semua suspek ditahan anggota unit rondaan bermotosik­al (URB) yang mendapati kereta Honda Civic dinaiki suspek dalam keadaan mencurigak­an di Jalan Perak di sini, jam 4 pagi, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, suspek mulanya memecut kenderaann­ya sebelum kereta dinaiki terbabas di tepi jalan selepas dikejar 200 meter.

“Pemeriksaa­n terhadap kereta dinaiki tiga suspek berusia 20 hingga 35 tahun itu menemui beberapa komputer riba, permainan video dan peralatan digunakan untuk memecah masuk premis. Turut ditemui dua pisau dan jaket hitam yang mempunyai lambang polis.

“Seorang suspek yang ditahan dikenal pasti anggota polis berpangkat konstabel manakala seorang lagi suspek adalah bekas polis bantuan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, semalam.

Shaharudin berkata, hasil soal siasat dilakukan, suspek mengakui terbabit dengan kegiatan samun dengan memecah masuk pusat hiburan dan pusat siber di sekitar Serdang, Selangor. “Berdasarka­n keterangan itu, kami percaya mereka juga aktif melakukan kegiatan samun di sekitar Lembah Klang sejak dua bulan lalu.

“Kami juga percaya suspek menyasarka­n premis tidak memiliki lesen perniagaan memandangk­an di daerah ini belum ada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian samun membabitka­n pusat hiburan dan pusat siber.

“Pemilik premis yang pernah disamun diminta tampil membuat laporan dan pengecaman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati seorang suspek positif dadah.

 ??  ??
 ??  ?? SHAHARUDIN (tengah) menunjukka­n pisau yang ditemui di dalam kereta Honda Civic dinaiki suspek di Jalan Perak, Kuala Lumpur.
SHAHARUDIN (tengah) menunjukka­n pisau yang ditemui di dalam kereta Honda Civic dinaiki suspek di Jalan Perak, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia