Harian Metro

Agih 1,850kg beras fidyah

- Mohd Firdaus Ibrahim firdaus_ibrahim@nstp.com.my

 EZ Qurban Sdn Bhd serah sumbangan kepada umat Islam di Kemboja, Laos dan Vietnam

Sebanyak 1,850 kilogram (kg) beras fidyah diagihkan EZ Qurban Sdn Bhd kepada rakyat miskin di tiga negara iaitu Kemboja, Laos dan Vietnam.

Pengurus EZ Qurban Sdn Bhd, Muhammad Hafeez Firdaus Toharudin berkata, beras fidyah yang diagihkan itu adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia.

“Sambutan penduduk tempatan terhadap kami (rombongan EZ Qurban) di setiap negara cukup meriah. Kami hanya pemegang amanah rakyat Malaysia yang berperanan menyampaik­an sumbangan berkenaan.

“Agihan beras di Vientiane, Laos 350kg, sementara itu 600kg beras untuk 60 keluarga di Kampung Chrang Bak Phnom Penh (Kemboja) manakala 900kg lagi diserahkan kepada 180 keluarga di Kampung Chuam Soai, Chau Phong (Vietnam).

“Selain agihan beras fidyah, EZ Qurban turut menyumbang­kan dua ekor kambing di setiap perkampung­an dikunjungi untuk meraikan mereka,” katanya.

Menurut Muhammad Hafeez, orang ramai yang mahu melakukan sumbangan ataupun membayar fidyah bolehlah menghubung­i pihaknya di talian 03-618619 11 atau layari laman web www.ezqurban.org bagi mendapatka­n maklumat lanjut.

Diminta menggambar­kan keadaan lokasi di tiga negara dilawatiny­a itu, Muhammad Hafeez berkata, kawasan penempatan penerima bantuan berkenaan amat daif.

“Tempat mereka berteduh amat daif, lebih teruk jika dibandingk­an dengan rumah setinggan. Bagi mereka jika ada rumah. itu sudah lebih daripada memadai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia