Harian Metro

DIGEST bangun aplikasi bantu usahawan

-

Kuala Lumpur: Persatuan Usahawan Digital Selangor (DIGEST) membangunk­an aplikasi khas yang mempunyai maklumat berkaitan prospek pelanggan diperlukan usahawan berdaftar di bawahnya.

Penaung persatuan bukan kerajaan (NGO) itu, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, ketika ini aplikasi membabitka­n kos pembanguna­n sebanyak RM1 juta itu sudah 60 peratus siap sebelum dijangka beroperasi Ogos ini.

Menurut beliau, aplikasi yang belum diputuskan namanya itu berfungsi menyediaka­n data prospek pelanggan daripada pelbagai latar belakang minat, umur, pekerjaan danyang diperlukan untuk kegunaan usahawan berdaftar dengan DIGEST.

“Kita kumpul dan sediakan data ini secara percuma, tidak seperti sesetengah syarikat yang menjual data pelanggan. Ahli berdaftar boleh menghebahk­an apa saja maklumat perniagaan menerusi aplikasi ini.

“Sebagai pulangan kepada persatuan, kita akan ambil peratusan tertentu antara 10 hingga 15 peratus daripada jualan pelanggan yang diperoleh daripada aplikasi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Meraikan Anak Yatim dan Pelajar Tahfiz di sini. Hadir sama, Presiden DIGEST, Haidar Darus.

Mengulas lanjut, Megat D Shahriman berkata, apabila siap kelak, aplikasi berkenaan boleh dimuat turun secara percuma daripada Google Store bagi pengguna Android dan Apps Store untuk pengguna IOS.

“Sekarang, kita sudah kumpulkan data maklumat 1,000 individu dan lima buah syarikat termasuk syarikat sukan elektronik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia