Harian Metro

Tambah duit poket

-

 Penuntut kolej sedia khidmat runner tampung perbelanja­an

Seorang belia memilih cara berbeza bagi menampung kehidupann­ya sebagai penuntut kolej dengan menjadikan motosikal sebagai punca rezekinya di negeri ini.

Muhamad Nur Najmi Hashim, 20, menjadikan motosikal Yamaha LC135 miliknya sebagai medium menawarkan perkhidmat­an penghantar­an barang dan makanan di seluruh Perlis.

Penuntut Diploma Teknologi Elektronik, Kolej Vokasional Arau itu berkata, idea menjadi ‘budak’ penghantar barang atau bermula empat bulan lalu selepas melihat rakan sekelasnya, Muhamad Irfan Nafis Mohamad Rafizi menawarkan perkhidmat­an berkenaan.

“Saya tinggal di rumah sewa tanpa buat apa-apa...jadi saya terfikir sampai bila mahu mengharapk­an pada emak dan ayah untuk masukkan duit kepada saya. Jadi, hati saya tergerak untuk bertanya kepada Irfan.

“Dia (Irfan) yang mengajar saya bagaimana menjadi

dan bagaimana mendapatka­n pelanggan.

“Alhamdulil­lah jika sebelum ini bergantung sepenuhnya pada emak dan ayah, kini tidak lagi sepenuhnya,” katanya.

Najmi berkata, laman sosial terutama Facebook adalah medium yang dijadikann­ya sebagai pusat pengiklana­n perkhidmat­an yang ditawarkan­nya.

“Saya dihubungi pelanggan menerusi pelbagai saluran. Ada yang mesej di Facebook, WhatsApp dan ada juga (telefon) terus.

“Kuasa pengiklana­n di Facebook sangat luar biasa, pelanggan saya bukan saja tinggal di Perlis, malah sejauh Negeri Sembilan di mana individu terbabit menggunaka­n perkhidmat­an saya berulang kali untuk membida nombor pendaftara­n di Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ),” katanya.

Anak kepada pasangan guru pusat memandu ini berkata, antara barangan yang kerap diterimany­a untuk dihantar adalah surat, hadiah dan makanan segera.

Mengenakan caj RM1 bagi setiap kilometer, Najmi berkata, perkhidmat­annya di negeri ini mungkin tidak kekal lama apabila dia tamat pengajian nanti.

 ??  ?? NAJMI mengenakan caj RM1 bagi setiap kilometer.
NAJMI mengenakan caj RM1 bagi setiap kilometer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia