Harian Metro

Tak bayar hutang 20 tahun

-

Kuala Lumpur: Gara-gara menangguhk­an pembayaran kad kredit bernilai cuma RM3,000 selama hampir 20 tahun, seorang wanita kini menanggung hutang berjumlah RM70,000.

Malah, jika gagal melunaskan bayaran dalam tempoh ditetapkan, wanita berkenaan bakal berdepan tindakan mahkamah dengan harta miliknya termasuk hartanah bernilai RM3 juta disita.

Akibat terlalu memikirkan hal hutangnya, tahap kesihatan wanita terbabit kini merosot dan rakannya mencadangk­an dia supaya merujuk masalah itu kepada Persatuan Penyelesai­an Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) untuk mencari jalan penyelesai­an.

Situasi dialami wanita berkenaan antara kes dikendalik­an 4PM sejak ditubuhkan pada 2013 apabila ribuan individu berdepan masalah kewangan selepas diisytihar­kan bankrap atau muflis tampil untuk mendapatka­n bantuan.

Presiden 4PM, Rosland Mohd Arif berkata, pihaknya mengendali­kan lebih 7,000 kes membabitka­n individu bakal bankrap, muflis dan harta bakal dilelong oleh institusi kewa ngan atas pelbagai sebab.

“Hasil perbincang­an dengan individu berkenaan, kami berjaya menyelamat­kan harta bernilai ratusan juta ringgit daripada dilelong atau disita bank,” katanya.

Menurutnya, 4PM bertindak sebagai pengantara antara peminjam dan institusi kewangan dengan membantu kedua-dua pihak mencari jalan penyelesai­an terbaik.

Orang ramai boleh melayari www.ppppmalays­ia.com.my untuk mendapatka­n maklumat lanjut berkaitan perkhidmat­an yang disediakan

4PM.

 ??  ?? ROSLAND
ROSLAND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia