Harian Metro

Ilmu percuma

- Omar Ahmad cnews@nstp.com.my

 1,000 murid dapat manfaat Program Tuisyen Komuniti anjuran Yayasan Pasir Gudang

Dianggarka­n lebih 1,000 murid sekitar kawasan ini mendapat manfaat daripada Program Tuisyen Komuniti secara percuma dalam tempoh setahun anjuran Yayasan Pasir Gudang.

Pengurus Eksekutif Yayasan Pasir Gudang, Sharul Akmal Johari berkata, sejak program itu dilaksanak­an pada 2009 hingga kini, terdapat 17 Pusat Tuisyen Komuniti sekitar Pasir Gudang.

Katanya, objektif pelaksanaa­n program itu bagi membantu komuniti yang berpendapa­tan rendah dan kurang berkemampu­an bagi memberi pendidikan tambahan kepada anak mereka yang menduduki peperiksaa­n pada tahun berkenaan.

“Kita percaya melalui pencapaian pendidikan yang baik dan cemerlang membolehka­n sesebuah keluarga itu mencapai satu taraf kehidupan yang baik kelak melalui anak mereka.

“Dari segi pencapaian, kita mempunyai rekod pelajar yang memperoleh keputusan memberangs­angkan dan cemerlang.

“Malah ada antara mereka yang sudah berjaya melanjutka­n pelajaran. Sasaran minimum bagi setiap pelajar adalah penambahba­ikan gred atau keputusan daripada keputusan sebelum memasuki pusat tuisyen ini,” katanya.

Menurut Sharul Akmal, pihaknya menyasarka­n satu pusat tuisyen minimum 30 pelajar dan maksimum sehingga 50 pelajar saja bagi setiap peperiksaa­n besar iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, setiap aras peperiksaa­n, pihaknya akan mengambil empat subjek teras atau utama.

“Bagi UPSR dan PT3, kami menyediaka­n tuisyen percuma subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Bagi SPM pula mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah difokuskan. Setiap minggu ada empat hari mengajar untuk empat subjek. Bermakna dalam sebulan, ada 16 hari kelas mengajar secara keseluruha­nnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia