Harian Metro

Tiga sahabat kongsi modal mula bisnes

-

Jempol: Bermula dengan modal RM500 dan menjual hanya 20 kipas angin pada Jun tahun lalu, perniagaan barang terpakai diusahakan tiga sahabat semakin mendapat tempat di hati masyarakat di sini.

Mereka menjadikan lokasi medan terbuka di Bandar Seri Jempol sebagai lokasi perniagaan, sekali gus mendapat jolokan bazar karat Jempol.

Ku Mohd Khairulniz­am Ku Md Ahir, 43, bersama dua rakannya, Syahazlan Md Shah dan Mohd Haidil Mohamad, 39, berkongsi modal bagi memulakan perniagaan pada Ramadan untuk mencari perbelanja­an menyambut Syawal ketika itu.

“Alhamdulil­ah, 20 kipas angin pelbagai jenama terkenal itu berjaya dijual dalam tempoh dua hari menyebabka­n kami sepakat meneruskan perniagaan ini.

“Ramai pelanggan mencari barang terpakai berikutan dijual pada harga murah selain mempunyai tempoh jaminan kerosakan selama sebulan,” katanya.

Katanya, mereka bertiga mengeluark­an modal sebanyak RM1,000 bagi membeli lebih banyak barang terpakai termasuk kereta sorong bayi, peralatan memasak, perabot dan peralatan pertukanga­n dan elektrik.

Katanya, sambutan yang diterima daripada orang ramai sangat mengalakka­n sehingga ada yang membuat tempahan untuk mendapatka­n barang terpakai yang mereka mahukan.

“Perniagaan bermula pada petang Jumaat sehingga Ahad disebabkan kami mempunyai komitmen pekerjaan lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia