Harian Metro

HINGGA KE MELAKA

 ERL mahu kembangkan khidmat sedia ada melalui Seremban

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mempunyai visi untuk mengembang­kan perkhidmat­an tren ke lapangan terbang itu dari perkhidmat­an sedia ada hingga ke Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif ERL Noormah Mohd Noor berkata, pelan pengembang­an itu bagaimanap­un masih dalam peringkat penelitian dan berharap ia dapat dilaksanak­an kerana ia dapat memanfaatk­an orang ramai ke lapangan terbang utama di ibu kota dengan mudah.

Beliau berkata, sekiranya ia direalisas­ikan, perkhidmat­an sambungan itu akan menghubung­kan penumpang dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga Melaka yang akan melalui Seremban.

“Bagi laluan lengkap kami menggambar­kan ia sebagai laluan tren dari Kuala Lumpur Sentral sehingga ke Melaka yang akan melalui beberapa stesen iaitu Bandar Tasik Selatan, Putrajaya dan Cyberjaya, Salak Tinggi, klia2, KLIA, Seremban dan Melaka.

“Buat masa ini kami masih meneliti sebelum ia dapat dilaksanak­an memandangk­an ia perlu mengambil perhatian dari segenap aspek pembinaann­ya,” katanya di sini.

ERL menawarkan dua jenis perkhidmat­an iaitu KLIA ekspres pada harga RM55 bagi tujuan sehala sepantas 28 minit dan KLIA Transit pula tambang adalah mengikut jarak perjalanan dan stesen.

Selain itu, pengendali tren itu juga melancarka­n KL TravelPass, tiket bersepadu menggunaka­n platform Touch ‘n Go bagi semua jenis pengangkut­an tren khusus kepada pelancong pada 2015.

Noormah berkata, prospek bagi industri rel adalah begitu meluas kerana ia bukan saja dapat dimanfaatk­an oleh orang ramai malah ia adalah kebaikan secara bersepadu.

“Ini terbukti kerana ia dapat mewujudkan limpahan pembanguna­n di sepanjang laluannya seperti memberikan nilai tambah kepada hartanah di sekitarnya.

“Sebagai contoh, kita dapat lihat Salak Tinggi kini menjadi kawasan yang membangun dan tidak hanya bertumpu kepada sektor pertanian seperti kelapa sawit semata-mata,” katanya.

Katanya, dengan wujudkan tren laju ini, ERL pada masa sama menawarkan mobiliti kepada orang ramai yang ingin ke KLIA dan Klia2 dengan mudah menggunaka­n perkhidmat­annya sepanjang 57 kilometer itu. Pengguna Malaysia menyatakan bahawa mereka dapat membayar hutang selepas cukai barangan dan perkhidmat­an (GST) berkadar sifar, selain menunjukka­n kesediaan meningkatk­an perbelanja­an ke atas pembelian barangan yang tidak penting.

Pengarah Urusan Nielsen Malaysia Raphael Pereda berkata, kajian yang dijalankan oleh Nielsen Malaysia itu mendapati majoriti pengguna Malaysia yakin terhadap prospek ekonomi negara dan penguranga­n kadar GST itu adalah inisiatif yang bagus kepada pengguna.

Kajian ini mengambil kira pendapat daripada lebih 1,000 pengguna Malaysia yang berumur 18 hingga 64 tahun dari Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, kajian pada Jun 2018 ini adalah kajian sama yang dijalankan oleh Nielsen pada 2015 yang mendapati bahawa sikap pengguna terhadap pengenalan GST adalah tidak optimis.

“Kajian pada 2015 mendapati lebih separuh daripada pengguna

Malaysia atau 58 peratus percaya bahawa sistem cukai berkenaan akan memanfaatk­an keadaan ekonomi.

“Pengguna Malaysia pada mulanya tidak pasti terhadap GST yang diperkenal­kan tiga tahun lalu apabila cukai itu diumumkan buat pertama kali.

“Selepas mengalami kesan GST pada tiga tahun ini, mereka nampaknya mengalu-alukan langkah untuk menghapusk­an cukai itu,” katanya.

 ??  ?? ERL pada masa sama menawarkan mobiliti kepada orang ramai yang ingin ke KLIA dan klia2 dengan mudah.
ERL pada masa sama menawarkan mobiliti kepada orang ramai yang ingin ke KLIA dan klia2 dengan mudah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia