Harian Metro

Carousell rancang perkenal e-dompet

-

Kuala Lumpur: Carousell, pasaran iklan atas talian merancang untuk memperkena­lkan dompet elektronik (e-dompet) sebagai kaedah pembayaran terbaru platform itu pada tahun ini.

Ketua Negara Carousell Malaysia, Tang Siew Wai berkata, pengenalan e-dompet itu dijangka dapat melancar dan memudahkan transaksi dilakukan antara pengguna dan pembeli di platform terbabit.

Beliau berkata, usaha itu juga dilihat sebagai salah satu inisiatif kepada Carousell untuk memperkuku­h dan mengembang­kan operasi perniagaan di negara ini.

“Untuk menghasilk­an e-dompet ini, kami menjalin kerjasama dengan pihak tertentu supaya dapat menghasilk­an satu medium yang lebih cekap dan memudahkan semua pihak yang terbabit dalam setiap urusan di Carousell.

“Kadar penembusan yang tinggi dalam penggunaan telefon pintar juga mampu menjadi antara pemangkin terhadap langkah untuk memperkena­lkan e-dompet ini tidak lama lagi.

“Kami juga yakin dengan inisiatif ini mampu untuk menjadikan Carousell sebagai pilihan utama rakyat Malaysia untuk berbelanja dan mencari barang yang diidamkan,” katanya pada satu taklimat media.

Carousell mula diasaskan pada 2012 dalah pasaran khusus antara pengguna yang memberi tumpuan untuk menjual barang baru serta terpakai.

Platform itu mula menembusi pasaran Malaysia pada Disember 2014 dan kini semakin berkembang pesat dengan lebih 17 juta barang disenaraik­an di Carousell dan menjual kira-kira lima juta barang.

Siew Wai berkata, pihaknya juga akan memperheba­tkan segmen digitalnya menerusi pengukuhan dalam teknologi kepintaran buatan (AI) dalam aplikasi mudah alihnya.

Katanya, aplikasi mudah alih itu akan disuntik dengan nilai dan gaya tempatan yang akan memudahkan pengguna menerusi segmen perbualan dalaman

“Apabila ia diselarika­n dengan gaya percakapan dan perbualan seperti masyarakat tempatan, ia akan menjadi lebih mesra pengguna dan memberikan pengalaman beli-belah ,” katanya.

 ?? Tang Siew Wai ?? Kadar penembusan tinggi dalam penggunaan telefon pintar mampu menjadi antara pemangkin terhadap langkah untuk memperkena­lkan e-dompet”
Tang Siew Wai Kadar penembusan tinggi dalam penggunaan telefon pintar mampu menjadi antara pemangkin terhadap langkah untuk memperkena­lkan e-dompet”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia