Harian Metro

Pengalaman ‘wow’

 Grand Senheng buka cawangan keempat di Kuantan

-

Senheng Electric (KL) Sdn Bhd (Senheng) melancarka­n pembukaan cawangan Grand Senheng keempat di Kuantan, baru-baru ini yang menawarkan pengalaman beli-belah interaktif dan ‘wow’ dalam keadaan selesa dan ceria.

Cawangan itu lebih luas dari format kedai biasa di mana ia menampilka­n kepelbagai­an barangan elektrikal dan elektronik termasuk produk premium seperti televisyen ultra definisi tinggi (UHD TV), mesin basuh muatan depan serta gajet elektronik seperti telefon pintar, komputer tablet dan komputer riba.

Pengarah Urusan Senheng, Lim Kim Heng berkata, pembinaan format yang lebih besar pada tahap eksklusif dan keunikan cawangan Grand Senheng itu dapat memberikan pengalaman hebat kepada pelanggann­ya.

“Kami gembira dengan pembukaan cawangan di Kuantan ini dan bangga dengan misi kami untuk memberikan nilai terhebat dan pengalaman membeli-belah tanpa sempadan yang hebat kepada mereka,” katanya dalam kenyataan di sini.

Bersempena pembukaan cawangan itu, Grand Senheng menawarkan promosi menarik seperti 500 unit produk elektrik pengguna berkualiti tinggi pada harga RM10 saja.

Terdapat pilihan produk daripada kategori berbeza dengan penjimatan rebat EZ Kredit sebanyak 40 peratus; pembelian satu percuma satu; jaminan pertukaran selama 24 bulan hanya pada RM1 dan pelan ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan untuk pelbagai jenis bank bagi pengguna kad kredit.

Selain itu, Senheng memberi ganjaran kepada ahli-ahli PlusOne dengan pelbagai tawaran menarik termasuk bola sepak eksklusif Ferrari dan peluang memenangi percutian ke Russia melalui pembelian bermula 1 Jun hingga 30 Ogos ini bersempena sambutan Piala Dunia 2018.

Sementara itu, Senheng mencapai 65 peratus dalam pelaksanaa­n model perniagaan tanpa sempadan buat tahun ini sejak memulakann­ya pada 2017 di mana ia direka khas untuk menyelaras­kan aktiviti membeli-belah dalam kedai, atas talian dan mudah alih dengan kecenderun­gan pembelian pengguna.

Pendekatan pelbagai saluran itu adalah pengalaman jenama yang konsisten dan mudah serta mewujudkan kesedaran lebih baik dan kesetiaan yang lebih tinggi dalam kalangan pengguna.

“Walaupun kami hanya mencapai 65 peratus dalam usaha ini namun kami akan meneruskan pelaksanaa­n model tanpa sempadan ini dan membawa ia ke fasa seterusnya dengan menyasarka­n tahap lebih tinggi berikutan kejayaan mencatatka­n prestasi perniagaan yang memberangs­angkan pada tahun lalu,” katanya.

 ??  ?? BARISAN tetamu kehormat memotong riben bersempena pelancaran cawangan Grand Senheng Kuantan.
BARISAN tetamu kehormat memotong riben bersempena pelancaran cawangan Grand Senheng Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia