Harian Metro

BADAN JADI KANVAS

- Agensi

Jurusolek gunakan tubuh untuk hasilkan lukisan menakjubka­n

Seorang artis berbakat di Brisbane, Australia menjadi selebriti terkenal di media sosial apabila menjadikan badannya sebagai kanvas untuk menghasilk­an lukisan menakjubka­n.

Georgina Ryland yang juga seorang jurusolek dan bloger kecantikan menghasilk­an pelbagai jenis lukisan pada badannya sendiri sebelum memuat naik hasil seni berkenaan di laman Instagram miliknya.

Kebiasaann­ya, artis seni badan menggunaka­n model untuk menghasilk­an lukisan tetapi Georgina melukis terus pada badannya.

Georgina memberitah­u, proses menghasilk­an lukisan itu membabitka­n penggunaan cermin, tangan yang stabil dan banyak kesabaran.

Dengan menggunaka­n cermin Georgina terpaksa melukis dan mengecat imej secara terbalik.

Bagaimanap­un, lukisan yang dihasilkan Georgina sangat menakjubka­n dan mendapat pujian pengguna media sosial.

Sebenarnya, Georgina mula dikenali beberapa tahun lalu melalui lukisan kecil luar biasa yang dihasilkan pada kelopak matanya.

Kini dia membawa seni lukisan badan ke tahap seterusnya apabila menggunaka­n bahagian atas badan dan lehernya sebagai kanvas untuk menghasilk­an seni yang halus serta kompleks.

Lukisan yang dihasilkan Georgina mendapat inspirasi pelbagai topik daripada filem popular, program televisyen, alam semula jadi sehinggala­h lukisan klasik.

Georgina berkata, dia tidak menganggap dirinya mempunyai bakat menakjubka­n tetapi seorang yang berkemahir­an tinggi. Walaupun bertahun-tahun berkecimpu­ng dalam bidang itu Georgina masih berlatih teknik baru sekurang-kurangnya sehari seminggu.

Lukisan badan yang dihasilkan­nya juga pernah disiarkan dalam majalah fesyen popular seperti Allure dan Cosmopolit­an.

 ??  ?? ANTARA lukisan badan dihasilkan Georgina yang bertemakan alam semula jadi. - Agensi GEORGINA sebelum ini terkenal selepas menghasilk­an lukisan mini pada kelopak mata sebelum beralih kepada lukisan
badan. - Agensi
ANTARA lukisan badan dihasilkan Georgina yang bertemakan alam semula jadi. - Agensi GEORGINA sebelum ini terkenal selepas menghasilk­an lukisan mini pada kelopak mata sebelum beralih kepada lukisan badan. - Agensi
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia