Harian Metro

Kepala remaja tersangkut dalam ekzos

-

Saint Paul (Amerika Syarikat): Seorang remaja perempuan terpaksa diselamatk­an anggota bomba selepas kepalanya tersangkut di dalam ekzos sebuah trak ketika menyertai satu festival muzik di sini baru-baru ini.

Anggota bomba terpaksa memotong ekzos berkenaan untuk membebaska­n kepala Kaitlyn Strom, 19, di Festival Muzik Winstock di Minnesota pada Jumaat lalu.

Beberapa gambar dan video yang menunjukka­n anggota bomba memotong ekzos berkenaan untuk mengeluark­an kepala Kaitlyn yang tersepit dengan cepat tular di media sosial.

Pihak berkuasa berkata, kejadian dipercayai berlaku kerana remaja itu mabuk ketika hadir di festival muzik berkenaan.

Kaitlyn kemudianny­a memuat naik gambarnya bersama ekzos kenderaan itu dan mengaku dialah remaja yang kepalanya tersangkut dalam paip berkenaan.

“Ya, sayalah gadis ekzos itu. Adakah anda tahu mengenainy­a?” katanya.

Kaitlyn memberitah­u, kejadian itu berlaku secara spontan selepas dia melihat ekzos trak itu yang besar.

“Kami semua bergembira dan saya melihat ekzos kenderaan itu yang besar serta terus berfikir mungkin kepala saya muat masuk ke dalamnya.

“Jadi sayapun terus mencuba dan kepala saya masuk ke dalamnya tetapi saya tidak boleh keluar,” katanya.

Menurutnya, kepalanya tersangkut selama 45 minit sebelum anggota bomba datang menyelamat­kannya. Daily Mail

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n anggota bomba berusaha mengeluark­an kepala Kaitlyn yang tersangkut di ekzos trak. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n anggota bomba berusaha mengeluark­an kepala Kaitlyn yang tersangkut di ekzos trak. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia