Harian Metro

PBB lulus resolusi kutuk Israel

-

York: Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin, meluluskan resolusi dengan mendapat 120 undi, mengutuk Israel di atas kematian penduduk Palestin di Gaza, selain menolak usaha Amerika Syarikat (AS) untuk meletakkan kesalahan itu terhadap Hamas.

Sekurang-kurangnya 129 penduduk Palestin maut ditembak tentera Israel dalam bantahan berhampira­n sempadan Gaza sejak akhir Mac lalu.

Resolusi yang dibentangk­an oleh Algeria dan Turki bagi pihak negara Islam serta Arab itu memperoleh 120 undian daripada 193 negara anggota, manakala lapan undi menolak dan 45 undi berkecuali.

Sementara itu, pindaan resolusi yang dibentangk­an oleh AS bagi mengutuk Hamas kerana ‘menggalakk­an keganasan’ di sepanjang sempadan Gaza itu, gagal memperoleh majoriti undian dua pertiga untuk diterima pakai.

Ketika berucap, Duta AS ke PBB, Nikki Haley, menolak resolusi yang dianggap berat sebelah dan menuduh negara Arab cuba meraih perhatian dengan mengutuk Israel di PBB.

“Saya berharap mana-mana pihak yang menyokong resolusi berat sebelah ini supaya mencadangk­an kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas supaya kembali ke meja rundingan,” katanya.

Negara Arab yang menyokong usaha itu memilih membawanya ke Perhimpuna­n Agung selepas AS menggunaka­n kuasa veto di Majlis Keselamata­n untuk menghalang resolusi itu pada 1 Jun lalu.

Bagaimanap­un, berbeza dengan Majlis Keselamata­n, resolusi yang dicapai di Perhimpuna­n Agung tidak terikat dengan sebarang tindakan dan ia tidak boleh veto. AFP

 ??  ?? PENDUDUK Palestin mengusung rakan mereka yang cedera dalam bantahan terhadap Israel di sempadan Gaza. - AFP
PENDUDUK Palestin mengusung rakan mereka yang cedera dalam bantahan terhadap Israel di sempadan Gaza. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia