Harian Metro

LALUAN SUKAR

- Jugjet Singh jugjet@nst.com.my

 Skuad hoki negara diundi dalam kumpulan maut di Piala Dunia

Skuad hoki negara yang menduduki ranking ke-12 dunia berdepan laluan berliku apabila diundi dalam ‘kumpulan maut’ pada saingan Piala Dunia di Bhubaneswa­r, India bermula 28 November hingga 16 Disember depan.

Pasukan nombor empat dunia, Belanda, Jerman (5) dan Pakistan akan menjadi lawan skuad negara dalam Kumpulan D dan sekiranya Malaysia gagal menamatkan cabaran di tiga tempat teratas, mereka boleh berkemas pulang awal iaitu pada 10 Disember disebabkan tiada klasifikas­i tempat 13 hingga 16.

Ini bermakna pasukan tangga keempat setiap kumpulan akan menamatkan saingan lebih awal.

Kumpulan A diketuai Argentina, New Zealand, Sepanyol, Perancis manakala Kumpulan B (Australia, England, Ireland, China) dan Kumpulan C (Belgium, India, Kanada, Afrika Selatan).

Empat pasukan teratas layak ke suku akhir secara automatik, manakala pasukan tangga kedua dan ketiga akan bersaing sesama sendiri bagi menentukan empat lagi pasukan.

Jadi, Malaysia mesti menamatkan saingan di tempat tiga teratas kerana tiada perlawanan klasifikas­i untuk memperbaik­i ranking Piala Dunia menjelang Siri Dunia yang mahu dianjurkan Malaysia dan layak ke Piala Dunia 2020 di Tokyo.

Petunjuk awal ialah Malaysia perlu menewaskan Pakistan untuk terus kekal.

“Mengikut kedudukan ranking, kami tahu secara kasar sebelum kedudukan kumpulan dikeluarka­n bahawa kami akan diletakkan dalam kumpulan sukar. Tapi, ini adalah Piala Dunia, tiada pasukan yang mudah dan kami sudah bersedia untuk sebarang cabaran,” kata jurulatih, Stephen van Huizen.

Berdasarka­n saingan, jika skuad negara menamatkan kedudukan di tempat ketiga Kumpulan D, mereka akan bertemu sama ada Belgium atau India, yang dijangka menamatkan saingan di kedudukan 1-2 dalam Kumpulan C.

“Kami perlu meningkat dalam ranking dunia untuk mendapat peluang lebih baik layak ke Olimpik (jika tidak menang pingat emas Sukan Asia), Pakistan atau satu daripada dua pasukan itu mesti ditewaskan. Tiada jalan lain lagi,” kata van Huizen.

Ini kali kedua 16 pasukan akan bermain dalam Piala Dunia, pertama pada 2002 di Kuala Lumpur dengan skuad negara menamatkan cabaran di tempat kelapan.

Skuad kendalian Van Huizen akan memulakan perlawanan menentang Belanda pada 1 Disember diikuti Pakistan (5 Disember) dan Jerman (9 Disember) dengan banyak masa untuk berehat.

Untuk rekod, Malaysia jarang berpeluang menentang Jerman dan Belanda manakala Pakistan akan menjadi pencabar pada Sukan

Asia Ogos depan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia