Harian Metro

Zarif korban raya demi negara

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Ketika umat Islam di Malaysia meraikan sambutan Aidilfitri bersama keluarga, pemanah negara, Muhamad Zarif Syahir Zolkepeli, pula terpaksa mengenepik­an impiannya dan terbang ke Amerika Syarikat (AS) menyertai kejohanan memanah Piala Dunia.

Kejohanan peringkat ketiga di Salt Lake City itu dijadualka­n bernula pada 18 hingga 24 Jun dan dianggap sebagai persiapan paling penting untuk menghadapi Sukan Asia Jakarta - Palembang 2018, pada Ogos depan kerana ketika ini, tempatnya di dalam skuad kebangsaan belum terjamin.

Jadi, Muhamad Zarif menegaskan dia perlu berusaha bersungguh dan sentiasa kekal fokus bagi memastikan­nya mendapat tempat dalam skuad memanah Malaysia yang akan beraksi di Sukan Asia 2018.

Muhamad Zarif berlepas bersama tiga lagi rakan sepasukan, Muhammad Akmal Nor Hasrin, Khairul Anuar Mohamad dan Haziq Kamaruddin.

“Setakat ini segala persiapan menghadapi cabaran Sukan Asia 2018 kini berjalan lancar. Bagaimanap­un, saya tetap kena teruskan usaha bagi memastikan nama saya tersenarai dalam skuad memanah kebangsaan.

“Untuk itu saya terpaksa mengorbank­an niat untuk berhari raya bersama keluarga kali ini kerana terpaksa berlepas ke AS pada malam raya untuk menyertai Piala Dunia di Salt Lake City, pada minggu depan.

“Saya berharap dapat melakukan yang terbaik di AS sebagai pengubat duka tidak dapat berhari raya bersama keluarga tahun ini. Pendedahan di AS juga diharap dapat membantu meningkatk­an prestasi ke tahap maksimum menjelang Sukan Asia,” katanya.

Muhamad Zarif, menegaskan biarpun tidak pernah mewakili negara ke Sukan Asia, namun dia tetap yakin mampu melepasi sekurang-kurang peringkat suku akhir dalam acara individu dan berpasukan, jika disenaraik­an dalam skuad kebangsaan.

Sebelum ini, Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) percaya saingan untuk mewakili negara dalam acara recurve akan lebih sengit selepas Muhamad Zarif diserap ke dalam program podium.

Berikutan itu, empat pemanah sedia ada diketuai Khairul Anuar, Haziq, Muhammad Akmal Nor dan Mohd Ikram Joni, tidak lagi mendapat tempat automatik bagi menyertai saingan luar negara. Masing-masing perlu membuktika­n pencapaian terbaik sebelum dipilih menyarung jersi negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia