Harian Metro

Tetap berbaloi

 Imran akui program F4F beri banyak manfaat

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Wakil negara, Imran Zakaria mengakui tindakanny­a menyertai program sosial kanak-kanak, Football For Friendship (F4F) tetap berbaloi walaupun terpaksa mengorbank­an sambutan Aidilfitri bersama keluarga.

Imran, 16, menjelaska­n banyak ilmu dan pengalaman baru peroleh terutama apabila diberi tugas sebagai jurulatih muda dan membimbing satu daripada 32 pasukan dalam kejohanan di bawah program itu.

Malah, dia turut berterima kasih kepada pihak penganjur, PJSC Gazprom dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana memilihnya menjadi seorang daripada dua wakil negara ke program yang berlangsun­g sejak 8 Jun lalu hingga hari ini.

“Perasaan memang sedih kerana tidak dapat menyambut hari raya pertama bersama keluarga. Tapi saya fikir pengorbana­n saya ini berbaloi dengan apa yang saya dapat daripada program ini selain berkesempa­tan merasai suasana menonton Piala Dunia buat kali pertama.

“Malah, program ini banyak mengajar saya betapa pentingnya kerjasama antara semua individu dalam satu pasukan bola sepak.

“Memikul tugas sebagai jurulatih memang berat kerana bila pasukan kalah, jurulatih yang akan dipersalah­kan. Buat masa ini, saya lebih fokus menjadi pemain dulu dan soal untuk memasuki bidang kejurulati­han saya akan fikir kemudian,” katanya.

Imran bersama seorang lagi wakil negara, Lauren Hoh, 12, turut diberi kesempatan menyaksika­n majlis pembukaan dan perlawanan pertama Piala Dunia 2018 antara Russia dan Arab Saudi di Stadium Luzhniki, semalam.

Lauren diberi pendedahan sebagai wartawan muda yang membuat liputan sepanjang program itu turut senada dengan Imran dan menyifatka­n pengalaman diperoleh berguna untuk masa depannya.

“Ini pengalaman pertama saya bertugas sebagai wartawan dan ia cukup mencabar terutama perlu berdepan dengan ramai orang.

“Program ini juga mengajar saya erti persahabat­an dan perpaduan walaupun berlainan bangsa dan agama,” kata Lauren.

 ??  ?? IMRAN bersama Lauren (dua dari kanan) dan dua pegawai pengiring FAM, Wan Mohd Fakhrul Anwar Wan Bakar (kanan) dan Samuel Siew Tien (kiri).
IMRAN bersama Lauren (dua dari kanan) dan dua pegawai pengiring FAM, Wan Mohd Fakhrul Anwar Wan Bakar (kanan) dan Samuel Siew Tien (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia