Harian Metro

Nelayan asing tak takut kaut hasil selagi boleh...

-

Miri: Nelayan asing dari Vietnam dan Thailand semakin berani menyusup masuk ke perairan Miri bagi mencuri hasil laut Sarawak selain didakwa mempunyai ‘peralatan khas’ bagi mengesan kehadiran bot penguat kuasa negara ini.

Taktik mengebom ikan sudah tidak digunakan lagi kerana perbuatan berkenaan mudah dikesan pihak berkuasa Malaysia, namun mereka beralih kepada penggunaan tunda gading, termasuk menggunaka­n bahan kimia untuk melipatgan­dakan hasil tangkapan ikan di negeri ini.

Tekong nelayan berusia 60 tahun yang enggan namanya didedahkan, berkata antara modus operandi penyamun dari negara jiran itu adalah mengecat nombor pendaftara­n sama membabitka­n dua kapal berbeza dengan setiap kapal dinaiki sekurangku­rangnya enam individu.

“Teknik itu (tunda gading) membolehka­n nelayan asing terbabit menangkap ikan sehingga puluhan tan sehari. Bukan itu sahaja, apa sahaja kaedah diharamkan di negara ini dalam industri perikanan, mereka akan gunakan termasuk penggunaan bahan kimia yang mampu menghancur­kan khazanah laut kita.

“Mereka sudah lama mengaut hasil laut Sarawak sejak sekian lama, jadi tolonglah kepada pegawai bertanggun­gjawab memandang berat isu ini kerana ia bukan sahaja menjejaska­n periuk nasi nelayan tempatan, tetapi turut membabitka­n soal kedaulatan negara ini,“katanya.

Sementara itu, pemancing laut dalam,

Jali Seman, 56, berkata beliau kerap terserempa­k dengan nelayan asing di kawasan perairan Bronia, di sini, kerana kumpulan pencuri itu sebenarnya tidak pernah menyembuny­ikan rasa takut dengan kehadiran pegawai penguat kuasa.

“Seperti kawasan ini milik keluarga mereka, nelayan asing tidak pernah gentar kembali melakukan perbuatan sama walaupun sudah ditangkap pegawai penguat kuasa. Mereka akan kembali mengaut apa yang ada di sini selepas bayaran kompaun ditunaikan dan mereka dilepaskan,” katanya.

Katanya, kejadian kemasukan semula nelayan asing yang sudah berpuluh kali ditangkap berlaku walaupun sudah dicekup pihak berkuasa.

“Kompaun mereka boleh bayar, dan mereka akan menceroboh masuk semula ke perairan negeri ini bila dibebaskan... dan begitulah situasi yang akan berlaku berulang kali seolah-olah pihak berkuasa negara ini sudah mati akal mahu menyelesai­kan penceroboh­an nelayan asing,” katanya.

Warga emas hidup gelandanga­n sejak disisih keluarga dua tahun lalu

 ??  ?? NASIB Zulkiple (kiri) mendapat perhatian Lo (dua dari kanan) yang datang membantu menghulurk­an bantuan makanan dan keperluan asas lain.
NASIB Zulkiple (kiri) mendapat perhatian Lo (dua dari kanan) yang datang membantu menghulurk­an bantuan makanan dan keperluan asas lain.
 ??  ?? NELAYAN asing Vietnam dan Thailand yang menangkap ikan secara haram sentiasa mengubah taktik untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.
NELAYAN asing Vietnam dan Thailand yang menangkap ikan secara haram sentiasa mengubah taktik untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia