Harian Metro

BERAYA DI PINGGIR HUTAN

- Mohd Latif Ahmad cnews@nstp.com.my

isteri dan anaknya yang menghalaun­ya keluar dari rumah mereka di Samariang, Petra Jaya.

Dengan nada hiba, Pak Zul berkata, dia menerima seadanya nasib yang menimpa dan tidak pernah ‘terasa hati’ selepas dihalau hanya kerana berlaku perselisih­an faham dengan keluarga.

“Tidak apalah, saya reda dengan apa yang berlaku kerana sudah dua kali Aidilfitri saya berada di sini, di bawah pondok ini.

“Syukurlah dengan kehidupan di sini untuk saya terus hidup. Apa lagi yang mampu saya buat?” katanya ketika ditemui di pondok daif yang didirikan bersebelah­an sebatang anak sungai di kawasan itu.

Bagai jatuh ditimpa tangga, Pak Zul ketika ini sekadar mampu berjalan dengan bantuan tongkat akibat mengalami keretakan tulang paha.

Katanya, beliau bakal menjalani pembedahan di Hospital Umum Sarawak (HUS), pada 24 Jun ini, untuk merawat keretakan pada kakinya itu.

“Saya harap semua berjalan baik-baik sahaja,” katanya ringkas sambil menghela nafas panjang.

Nasib Pak Zul mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang, yang datang membantu menghulurk­an bantuan makanan dan keperluan asas kepadanya.

“Saya akan memberi sokongan pada Pak

Zul ketika menjalani pembedahan di HUS nanti. Semoga Pak Zul selamat dan sentiasa sihat,” kata Khere Chiang.

 ??  ?? ZULKIPLE (kiri) hidup berseorang­an di pinggir hutan, berdekatan Jalan Stephen Yong, Kuching sejak dua tahun lalu.
ZULKIPLE (kiri) hidup berseorang­an di pinggir hutan, berdekatan Jalan Stephen Yong, Kuching sejak dua tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia