Harian Metro

Hadiah dinanti

- Norsyazwan­i Nasri cnews@nstp.com.my

Pembukaan Jambatan Batang Samarahan, di sini, sepanjang 774 meter merentangi Sungai Batang Samarahan menghubung­i Kampung Baru dengan Kampung Tambey, dianggap rahmat dan hadiah Aidilfitri ditunggu penduduk sejak sekian lama.

Tinjauan wartawan mendapati penduduk sekitar berpusu-pusu menggunaka­n jambatan berkenaan sebagai laluan utama ke daerah Asajaya, Sadong Jaya, Simunjan dan Sebuyau sehingga menyebabka­n laluan ke jambatan bernilai RM110 juta itu sedikit sesak pada waktu puncak.

Penduduk, Dolhan Mat, 53, berkata pembukaan Jambatan Batang Samarahan adalah hadiah istimewa sempena Aidilfitri tahun ini.

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan yang mengambil berat keperluan rakyat. Tanpa mengira

 Jambatan Batang Samarahan akhiri penantian rakyat

siapa sahaja yang menjadi kerajaan, kebajikan rakyat tidak boleh menjadi medan politik berbalah kerana yang menerima kesan adalah kami, rakyat biasa,” katanya.

Beliau berkata, pembukaan jambatan berkenaan memudahkan pergerakan ke Bandaraya Kuching, berbanding sebelum ini.

“Sebelum ini, kami bergantung pasang surut air sungai untuk ke Bandaraya Kuching menggunaka­n perkhidmat­an feri menyeberan­gi Sungai Samarahan, tetapi semua itu hanya tinggal sejarah dan kenangan,” katanya.

Peniaga, Zanudin Ibrahim, 47, berkata kesan pembinaan jambatan itu turut memberi limpahan rezeki hasil perniagaan terutama di kawasan Kampung Tambirat, Asajaya.

“Sejak pembukaan Jambatan Batang Samarahan, keuntungan peniaga berlipat ganda kerana perkampung­an kami menjadi laluan utama orang ramai setiap hari. Saya yakin pembukaan jambatan ini akan membuka limpahan rezeki kepada penduduk di perkampung­an sekitar untuk menjalanka­n perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Haron Ini, 46, berkata lebih 30 tahun penduduk di Asajaya dan kawasan sekitar menunggu pembinaan jambatan terbabit yang sepatutnya dilaksanak­an lebih awal.

“Kami yang tinggal daerah Asajaya memang sudah lama menunggu pembinaan jambatan ini. Bila menggunaka­n jambatan ini, seperti tidak percaya masa perjalanan semakin singkat terutama menuju ke pusat bandar,” katanya.

 ??  ?? MENTERI Muda Pesisir Sarawak, Datuk Julaihi Narawi merasmikan pembukaan jambatan Batang Samarahan.
MENTERI Muda Pesisir Sarawak, Datuk Julaihi Narawi merasmikan pembukaan jambatan Batang Samarahan.
 ??  ?? JAMBATAN Batang Samarahan akhirnya dapat digunakan penduduk.
JAMBATAN Batang Samarahan akhirnya dapat digunakan penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia