Harian Metro

60 jam 16 kek lapis

- Khalid Latip cnews@nstp.com.my

 Suri rumah jamu tetamu setiap kali lebaran

Sekurang-kurangnya 16 jenis kek lapis dengan tempoh pembuatann­ya 60 jam dihasilkan seorang suri rumah bagi menjamu tetamu yang hadir setiap kali lebaran tiba.

Suri rumah dari Kampung Seberang, di sini, Rabiah Sa’ee, 56, berkata, tidak pernah lokek untuk mengeluark­an kos menyajikan menu wajib orang Sarawak bagi memenuhi harapan tetamunya yang sering kali mahu menikmati kek lapis buatannya pada setiap kali hari raya.

Bagaikan satu pameran kek lapis, susunan kek lapis aneka warna dengan pelbagai jenis perisa pastinya menarik perhatian tetamu.

“Pada mulanya, hanya satu dua jenis dihidangka­n. Namun, tetamu sering bertanyaka­n tentang kek lapis...sejak itu, saya cuba mempelbaga­ikannya dari tahun ke tahun sehinggala­h jumlahnya menjadi banyak,” katanya kepada wartawan.

Katanya, dia turut dibantu anak-anaknya akan menyediaka­n kek lapis beberapa hari sebelum ketibaan hari raya.

“Paling kurang sebanyak 16 kek lapis disajikan khas untuk tetamu, namun paling mendapat permintaan adalah Kek Lapis Songket Brunei, yang menggunaka­n ramuan sendiri selain kek lapis keju, coklat dan tembikai,” katanya.

“Bagi menonjolka­n kecantikan kek lapis, ia harus dihidangka­n dengan cara tersendiri. Corak tertentu menambahka­n lagi keunikan kek ini.

“Selain itu, ia juga melambangk­an kegigihan individu yang membuatnya. Bukan mudah untuk menghasilk­an kek lapis yang cantik dan sedap,” katanya.

Katanya, jika dulu kek itu cuma boleh dinikmati pada musim perayaan, tetapi kini semakin mudah didapati dan sudah dikomersia­lkan.

“Saya juga ada memasarkan kuih muih lain untuk perayaan, majlis keramaian dan acara rasmi. Kesemuanya hanya dipasarkan dari rumah secara dalam talian. Alhamdulil­lah, setakat ini mendapat maklum balas yang begitu positif terutama dari Semenanjun­g dan Brunei Darusalam,” katanya.

 ??  ?? KELUARGA Rabiah menyediaka­n kek lapis untuk dijamu kepada tetamu di Aidilfitri.
KELUARGA Rabiah menyediaka­n kek lapis untuk dijamu kepada tetamu di Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia