Harian Metro

Rumah terbuka di Istana Negeri

-

Berbeza tradisi sebelum ini, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bakal mengadakan rumah terbuka di Istana Negeri pada hari kedua Aidilfitri.

Jemputan golongan kenamaan dan ternama membabitka­n pimpinan tertinggi kerajaan dan pentadbira­n Sabah akan diadakan bermula dari jam 10 pagi hingga 11.30 pagi, manakala untuk orang ramai dibuka dari jam 11.30 pagi hingga 1 tengah hari.

Dalam pada itu, hari pertama sambutan Aidilfitri hari ini, dimulakan dengan rumah terbuka dihoskan Pesuruhjay­a Polis Sabah dan Konsulat Jeneral Indonesia Kota Kinabalu.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din dijangka menganjurk­an rumah terbuka di kediaman rasminya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan, dari jam 9 pagi hingga jam 11 pagi .

Selepas itu, Konsul Jeneral Indonesia di Kota Kinabalu, Krishna Djelani pula dijadualka­n membuat rumah terbuka di Wisma Indonesia di Tanjung Aru di sini, dari jam 1 tengah hari hingga 4 petang.

Sementara itu, Kabinet Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijangka menganjurk­an rumah terbuka di Menara Tun Mustapha di sini, pada Hari Raya ketiga, bermula jam 10 pagi hingga jam 1 tengah hari.

Ini adalah rumah terbuka Aidilfitri pertama yang dianjurkan Kabinet diterajui Mohd Shafie, yang turut menyaksika­n perubahan lokasi biasa, Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia