Harian Metro

Kacang tapuk hidangan lazim Aidilfitri

-

Sandakan: Kacang tapuk mungkin lucu didengar, namun ia panggilan biasa masyarakat Sabah bagi sejenis kuih tradisiona­l yang menjadi hidangan lazim sempena Aidilfitri.

Kuih ini tidak jauh beza dengan kuih kacang sembunyi di Semenanjun­g, cuma kacang dalam hidangan itu bukan ‘disembunyi­kan’ menggunaka­n tepung, tetapi kulit popia.

Ia dipanggil kacang tapuk kerana dalam bahasa tempatan Sabah, tapuk bermaksud sembunyi.

Kuih itu lazimnya dihidangka­n kebanyakan masyarakat di pantai timur negeri ini, terutama dalam kalangan masyarakat Bugis, malah permintaan kuih itu di pasaran meningkat menjelang sambutan Aidilfitri.

Pengusaha kuih tradisiona­l itu, Masira Midi, 54, berkata, kacang tapuk antara kuih mendapat permintaan ramai ketika Aidilfitri, selain hidangan lain seperti rempeyek, kuih lidah atau turut dipanggil kuih kapal terbang, muruku, pisang manis dan pisang masin.

Beliau yang berasal dari Kampung Sungai Kapor, Ulu Dusun berkata, dia mengusahak­an perniagaan kuih tradisiona­l itu, begitu juga kerepek secara kecil-kecilan sejak 2010 lagi.

Katanya, dia pada mulanya menjual kuih itu hanya kepada peniaga di gerai tepi jalan terletak di Checkpoint Batu 32, dekat sini, bermodalka­n RM200 sahaja.

“Mula-mula jual cuma sekadar mengisi masa lapang, selain menambah pendapatan keluarga.

“Bagaimanap­un, perniagaan semakin berkembang, lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri,” kata ibu kepada dua anak itu.

Tahun ini, Masira dibantu menantunya, Nurdiani Arsad, 35, yang mendapat bantuan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) menerusi projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) yang dibiayai Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

 ?? Masira Midi ?? SELAIN kacang tapuk, Masira turut memasarkan rempeyek yang menggunaka­n geragau udang. Mula-mula jual cuma sekadar mengisi masa lapang, selain menambah pendapatan keluarga. Bagaimanap­un, perniagaan semakin berkembang, lebih-lebih lagi menjelang...
Masira Midi SELAIN kacang tapuk, Masira turut memasarkan rempeyek yang menggunaka­n geragau udang. Mula-mula jual cuma sekadar mengisi masa lapang, selain menambah pendapatan keluarga. Bagaimanap­un, perniagaan semakin berkembang, lebih-lebih lagi menjelang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia