Harian Metro

INSAF ‘KELDAI DADAH’

 Mangsa sindiket dadah merempat lebih 10 tahun di Peru teruja Aidilfitri di tanah air

- Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@nstp.com.my

“Raya tahun ini, saya nak minta ampun pada mak dan abang,” kata Noor Azimah Sapie ketika ditanya apakah perkara pertama akan dilakukann­ya pada 1 Syawal selepas lebih 10 tahun merempat di negara asing.

Noor Azimah, 38, bakal menyambut Aidilfitri buat pertama kali bersama keluarga tercinta selepas terpaksa menanggung derita di Peru gara-gara menjadi mangsa sindiket dadah antarabang­sa pada 2008.

Katanya, Aidilfitri tahun ini pasti menjadi sambutan istimewa baginya kerana tidak pernah membayangk­an akan dapat kembali bersalaman dengan ibunya pada hari raya.

“Sudah bertahun lamanya saya tidak berkesempa­tan meminta ampun pada keluarga ketika hari raya.

“Perkara yang paling saya rindui setiap kali Aidilfitri di perantauan adalah berkumpul bersama keluarga, datuk dan nenek. Alhamdulil­lah, tahun ini dapat saya lepaskan rindu,” katanya sambil menyeka air mata, ketika ditemui di Bangi, baru-baru ini.

Noor Azimah menjadi mangsa keldai dadah selepas terperdaya dengan tawaran melancong secara percuma ke Peru namun percutian yang sepatutnya hanya 10 hari bertukar mimpi ngeri apabila terpaksa mengharung­i kehidupan serba kekurangan sebagai pendatang tanpa izin dan gelandanga­n selama 10 tahun di negara asing.

Bagaimanap­un, penderitaa­nnya berakhir apabila kembali ke Malaysia pada 26 Mac lalu, hasil usaha Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) dan Berita Harian (BH) dengan bantuan serta kerjasama Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Peru.

Noor Azimah pulang ke Malaysia bersama seorang lagi mangsa sindiket dadah antarabang­sa, Nor Suzanna Azmi, 36, yang terperangk­ap di Peru kira-kira 12 tahun, termasuk dipenjara dua tahun enam bulan di negara itu.

BH sebelum ini menyiarkan laporan eksklusif pada akhir 2016 mengenai rayuan Noor Azimah, Nor Suzanna dan Syzlin Hataman yang terkandas di Peru, semua akibat terpengaru­h dengan tawaran melancong oleh anggota sindiket penyeludup­an dadah antarabang­sa.

Bagaimanap­un, Syzlin dari Johor Bharu yang menghidap kencing manis dan asma, meninggal dunia di sebuah hospital di Peru pada 7 Oktober tahun lalu.

Noor Azimah yang pulang ke Malaysia bersama anak, Qistina Maisara Alarcon Sapie, 8, hasil perkahwina­n dengan warga Peru, Emilio Ignacio Alarcon Leon @Osman, 41, akan berkumpul bersama keluarga dan saudaranya di kampung mereka di Negeri Sembilan pada Aidilfitri ini.

 ??  ??
 ??  ?? NOR Suzanna (kanan) bersama Noor Azimah memilih baju raya yang disumbangk­an oleh BiKUM di Bangi.
NOR Suzanna (kanan) bersama Noor Azimah memilih baju raya yang disumbangk­an oleh BiKUM di Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia