Harian Metro

TAHUN KETIGA TAK RAYA DENGAN AYAH

Ibu tiri nafi halang Nabila Huda berhubung dengan Amy Search

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Terpulang nak percaya atau tidak. Allah sahaja yang tahu. Alhamdulil­lah” Norhasniza Hassan

“Janganlah jadikan saya sebagai isu untuk menutup kesalahan. Saya terima tohmahan dan cacian, Allah Maha Mengetahui.”

Itu jawapan ibu tiri pelakon Nabila Huda, Norhasniza Hassan kepada salah seorang netizen yang mengecamny­a di Instagram selepas Nabila meluahkan perasaan di IG Story yang dipercayai menuju luahan itu kepada individu yang sangat rapat dengan bapanya, penyanyi legenda Amy Search, 60.

Menerusi komen pada salah satu gambar, netizen memohon agar Norhasniza diberi hidayah untuk mengembali­kan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya serta menyatukan mereka pada bulan mulia ini.

Bagaimanap­un Norhasniza membalas komen itu dengan mempersoal­kan mengapa Nabila tidak menghubung­i Amy.

“Macam inilah. Logik zaman moden ada whatsApp, boleh hubungi bapa dia tetapi kenapa tak pernah buat sebelum ini,” tulisnya.

Norhasniza turut diasak dengan komen yang memintanya untuk berhenti membuka aib Nabila selepas aktres itu menulis luahan yang dipercayai ditujukan kepadanya di Instagram.

“Saya pun bukan suka-suka nak buat macam itu kalau tiada yang mulakan. Nasi sudah jadi bubur.

“Terpulang nak percaya atau tidak. Allah sahaja yang tahu. Alhamdulil­lah,” tulisnya. Terdahulu Nabila meluahkan perasaan di IG Story di laman sosial miliknya sekali gus mengejutka­n peminat hiburan tempatan, baru-baru ini.

Nabila dipercayai sudah lama memendam perasaan dan berasakan sudah tiba masa membuka segala pekung di dada selepas individu itu didakwa sengaja mencari pasal dan tidak henti mengaibkan dirinya sejak beberapa tahun lalu.

Dia mendakwa individu itu bukan sahaja cuba menjauhkan dirinya daripada bapa sendiri malah pernah cuba memisahkan dirinya dengan anaknya, Keisha Laila.

Nabila turut meluahkan sambutan Syawal kali ini adalah tahun ketiga tidak dapat beraya dengan bapanya walau pun sangat merinduiny­a disebabkan isu itu.

 ??  ??
 ??  ?? NABILA
AMY SEARCH
NABILA AMY SEARCH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia