Harian Metro

TAKBIR MENGUSIK KALBU

- Mohd Zulkifli Zainuddin mohd.zulkifli@nstp.com.my

Remaja kehilangan ibu bapa, adik dalam

kemalangan cekal teruskan hidup

Tumpat

“Mendengar laungan takbir raya pada pagi 1 Syawal membuatkan saya cukup sayu dan sedih terkenangk­an arwah ibu, ayah serta adik yang masing-masing akan bersalaman memohon kemaafan menyambut Aidilfitri,” kata Mohd Firdaus Mohd Sabri, 20.

Mohd Firdaus kehilangan bapa, Mohd Sabri Abdul Rahman, 51 dan ibu, Hilwani Hassan, 36, serta adiknya, Nurul Athira, 13, dalam kemalangan di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berdekatan Bukit Belah, Machang, pada Oktober 2015.

Dia yang kini tinggal sebatang kara berkata, biarpun sudah tiga tahun berlalu, perasaan teruja setiap kali menyambut Aidilfitri bersama insan tersayang masih segar dalam ingatan termasuk menziarahi saudara-mara.

Katanya, sejak tragedi hitam itu menimpanya, Aidilfitri kali ini hanya disambut bersama nenek, Rubiah Ya, 63, dan saudara-mara di kediamanny­a.

“Saya hanya sekadar membuat persiapan sederhana kerana keterujaan itu seolah-olah hilang bersama keluarga.

“Sehingga kini, masih segar dalam ingatan detik gembira kami berkumpul, berbuka puasa, menunaikan solat Tarawih serta menjamu selera bersama di pagi Syawal. Masakan ibu terutama nasi beriani kesukaan saya setiap kali menyambut Aidilfitri hanya sekadar kenangan.

“Semua ini berlaku dengan pantas menyebabka­n saya seolah-olah masih lagi tidak percaya kehilangan mereka. Kini, saya hanya mampu memohon kemaafan di pusara mereka pada pagi Syawal,” katanya sambil termenung ketika menyambut Aidilfitri di Kampung Teluk Jering, di sini, kelmarin.

Akhbar Harian Metro sebelum ini melaporkan tiga beranak maut selepas kenderaan pelbagai guna, Toyota Avanza dipandu Mohd Sabri dari arah Kuala Krai menghala Kota Bharu, bertembung sebuah kren dari arah bertentang­an.

Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jenazah tiga beranak itu dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherang Melintang, di sini.

Mohd Firdaus berkata, bagi menghilang­kan kerinduan, dia sering menziarah pusara mereka setiap Jumaat dan membersihk­an kawasan kubur.

“Hanya melalui cara ini saja dapat memberikan kelegaan di hati serta melepaskan kerinduan terhadap ahli keluarga yang sudah tiada,” katanya yang baru menamatkan semester ketiga di Pusat Latihan Sawit Malaysia di Pahang.

 ??  ?? KUCING peliharaan Asmah mengisi kekosongan hidup tidak mempunyai anak. ASMAH memeluk satu daripada tujuh kucing yang dibelanya.
KUCING peliharaan Asmah mengisi kekosongan hidup tidak mempunyai anak. ASMAH memeluk satu daripada tujuh kucing yang dibelanya.
 ??  ?? MOHD Firdaus membaca surah Yasin di pusara ahli keluargany­a di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherang Melintang.
MOHD Firdaus membaca surah Yasin di pusara ahli keluargany­a di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherang Melintang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia