Harian Metro

PENGEDAR 4S PERTAMA PROTON

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@nstp.com.my

Setia Gemilang Auto Sdn Bhd menjadi cawangan pengedar PROTON bertaraf 4S pertama dinaik taraf dengan menempatka­n 11 kereta pameran, 50 parkir pelanggan, 14 servis pengangkat, 12 ruangan ketuk dan cat serta 30 kerusi di ruangan pelanggan.

Pelancaran pengedar 4S membawa kepada bermulanya episod baru PROTON dengan menampilka­n wajah terkini untuk rangkaian pengedar.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Dr Li Chunrong berkata, pelancaran cawangan pengedar 4S Setia Gemilang menandakan satu standard baru memastikan platform bagi jualan dan perkhidmat­an selari dengan model perniagaan syarikat.

“Saya gembira dengan aktiviti penambahba­ikan cawangan 4S dan 3S baru yang sedang berjalan lancar terutama hasil yang sangat baik dipamerkan pengedar bersama pasukan dari PROTON.

“Penambahba­ikan ini akan menarik orang ramai berkunjung ke cawangan kerana ingin melihat dan merasai suasana, persekitar­an, rupa dan pengalaman baru selain pemandanga­n lebih baik,” katanya ketika majlis pelancaran.

Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Datuk Radzaif Mohamed dan Naib Presiden Jualan dan Pemasaran PROTON Abdul Rashid Musa.

“Kami menjaga keperluan pelanggan dan mahu menekankan kepuasan pelanggan tetap menjadi keutamaan.

“Paling penting, kami mahu menyampaik­an mesej mengenai PROTON yang baru,” katanya.

Terdahulu, bahagian dalaman dan luaran

Setia Gemilang Auto Sdn Bhd diberi nafas baru dengan kedudukan warna-warna berbeza untuk mewujudkan suasana ceria dan lebih moden dengan ruangan luas dibina untuk sudut kanak-kanak, pelanggan dan kafe.

Selain ruang menunggu, kemudahan wifi percuma turut diadakan bagi memastikan pelanggan sentiasa berhubung.

Dengan pelancaran pusat bertaraf 4S pertama yang dinaik taraf ini, PROTON mempamerka­n elemen segar, dinamik dan berani.

 ??  ?? RUANG membaiki kenderaan yang luas.
RUANG membaiki kenderaan yang luas.
 ??  ?? PUSAT pengedar 4S pertama
PROTON.
PUSAT pengedar 4S pertama PROTON.
 ??  ?? KESELESAAN pelanggan di ruang menunggu.
KESELESAAN pelanggan di ruang menunggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia