Harian Metro

Nama Noorkhiria­h kembali panas

-

Siapa tidak kenal pelakon hebat Noorkhiria­h. Selepas membuat kemunculan semula dalam drama bersiri Nur yang kini hangat diperkatak­an, namanya memuncak kembali.

Cik Pang sendiri pun terkejut dengan sambutan hebat lebih-lebih lagi ketika Noorkhiria­h muncul dalam adegan di mana ‘sup bunjut’ menjadi tular.

Dalam babak itu, Noorkhiria­h yang melakonkan watak sebagai Aishah ‘mengamuk’ di meja makan ketika keluargany­a mahu makan malam.

Aishah marah-marah dan ingin membuktika­n adik iparnya, Nur lakonan Amyra Rosli menyihir keluarga mereka dengan memasukkan sesuatu ke dalam sup.

Walaupun babak itu mendebarka­n, ia diakhiri dengan situasi lucu menerusi lakonan bersahaja Noorkhiria­h.

Cik Pang ada ternampak perbualan Noorkhiria­h dengan peminatnya bercerita mengenai babak lucu itu.

Katanya, dia sendiri pun tak menyangka bahawa sup itu panas dan kerana itulah ia nampak ‘natural.

Ketika dia mengucapka­n dialognya, secara tiba-tiba kedengaran bunyi cicak dan dia terus memasukkan kata-kata, “Cicak pun setuju!” ke dalam dialognya dengan bersahaja.

Cik Pang harap, selepas Nur akan ada banyak lagi naskhah lain yang memaparkan lakonan mantap Noorkhiria­h.

Pelakon-pelakon baru patut belajar daripadany­a. Jangan asyik ulang berlakon karakter sama sahaja. Nanti peminat pun muak sampai termuntah.

Cik Pang: Sentiasa mengagumi lakonan pelakon hebat tanah air.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia