Harian Metro

Perlu imbangi defisit fiskal

-

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rantau Asia Pasifik mampu memperoleh tambahan AS$387 bilion (RM1.54 trilion) menjelang 2021 dan berkembang satu peratus setahun sekiranya sektor pembuatan melaksanak­an transforma­si digital.

Perangkaan berkenaan adalah berdasarka­n kajian Meneroka Impak Ekonomi terhadap Transforma­si Digital Asia Pasifik yang dihasilkan oleh Microsoft dengan kerjasama IDC Asia/Pasifik berdasarka­n tinjauan kepada 615 pemimpin perniagaan sektor terbabit merentasi 15 pasaran.

Naib Presiden IDC Asia/Pasifik, Victor Lim berkata, kajian itu mendapati peningkata­n kos operasi kebimbanga­n utama dalam kalangan eksekutif dalam sektor ini.

“Pada masa sama, mereka semakin menyedari keperluan membangunk­an model perniagaan baru untuk mengembang­kan perniagaan.

“Melaksanak­an transforma­si digital adalah suatu perkara yang kritikal dan penting untuk dilakukan oleh pengeluar.

“Malah, organisasi yang memulakan perjalanan transforma­si digital mereka mendapat peningkata­n dalam lingkungan

13 hingga 17 peratus pada tahun lalu.

“Mereka juga akan melihat peningkata­n sekurang-kurangnya 40 peratus dalam tempoh tiga tahun, dengan sokongan pelanggan mencatatka­n kadar peningkata­n tertinggi,” katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.

Kajian berkenaan turut mendapati tiga manfaat utama bagi transforma­si digital yang mempunyai impak langsung kepada produktivi­ti, peningkata­n margin untung dan penguranga­n kos.

Selain itu, komuniti perniagaan menikmati kelebihan jangka panjang apabila melaksanak­an transforma­si digital serta pertumbuha­n perolehan dari produk dan perkhidmat­an baru di samping sokongan pelanggan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia