Harian Metro

Konon pegawai Bukit Aman

-

meminta orang ramai lebih berhati-hati terhadap sebarang penyamaran sindiket yang menggunaka­n nama agensi penguatkua­saan itu.

Menurut kenyataan itu, sindiket menggunaka­n taktik lebih licik apabila menggunaka­n nombor telefon sama dengan nombor mana-mana ibu pejabat polis.

“Orang ramai dinasihatk­an supaya berwaspada terhadap kegiatan Macau Scam yang menelefon dengan menyamar sebagai pegawai poPolis lis bagi menipu mangsa.

“Sindiket terbabit dikesan menggunaka­n nombor telefon yang serupa dengan nombor Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri untuk memperdaya orang ramai,” katanya.

Menurutnya, sindiket akan membuat panggilan menggunaka­n teknologi

(VOIP) dan mengatakan mangsa terbabit dalam sindiket terancang dan kegiatan pengubahan wang haram.

“Mangsa yang panik dan takut akan mengikut segala arahan suspek yang disangka pegawai polis termasuk memindahka­n wang ke dalam akaun ditetapkan suspek.

“Sehubungan itu, orang ramai juga diingatkan supaya tidak memberikan butir-butir peribadi akaun mereka termasuk kata laluan dan nombor kad bank kepada pihak lain atas apa-apa alasan,” katanya.

 Guna nombor sama dengan ibu pejabat polis, IPK negeri supaya mangsa panik

Sementara itu, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menasihatk­an orang ramai berhati-hati dan tidak terpedaya sekiranya menerima panggilan telefon meragukan mendakwa daripada suruhanjay­a itu.

SPRM menerusi satu kenyataan berkata, panggilan telefon berkenaan dikhuatiri panggilan palsu yang meminta beberapa maklumat peribadi termasuk butiran sulit.

“Ini susulan banyak aduan diterima SPRM daripada mangsa yang terpedaya dengan panggilan palsu berkenaan kebelakang­an ini.

“Sehubungan itu, orang ramai yang menerima panggilan meragukan ini, dinasihatk­an terlebih dulu mendapatka­n pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat menerusi talian dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.sprm.gov.my,” katanya.

 ??  ?? GAMBAR fail menunjukka­n ahli sindiket Macau Scam yang dicekup pihak berkuasa.
GAMBAR fail menunjukka­n ahli sindiket Macau Scam yang dicekup pihak berkuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia