Harian Metro

Dituduh terbabit ubah wang haram

-

Kuala Lumpur: “Pegawai penyiasat ‘SPRM’ itu menggertak saya berulang kali selepas memaklumka­n saya terbabit jenayah AMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA)) dengan memindahka­n wang haram berjumlah RM2.8 juta dari Hong Kong ke Labuan,” ujar salah seorang mangsa ‘Macau Scam’ yang hanya mahu dikenali sebagai Azizi, 40.

Menurutnya, dia dihubungi lelaki terbabit jam 2 petang kelmarin, ketika berada di pejabatnya di Sentul, di sini.

“Mulanya saya tidak sangsi apabila lelaki itu menghubung­i saya menggunaka­n talian sama dengan nombor telefon ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

“Anehnya lelaki itu mengetahui nama penuh dan nombor MyKad milik saya. Malah dia turut mengeta- hui pekerjaan saya sebelum ini sebagai kakitangan kerajaan di sebuah agensi penguatkua­saan,” katanya ketika ditemui wartawan.

Azizi berkata, lelaki itu yang bijak berlakon dengan suara tegas mendakwa sudah menghantar tiga notis arahan hadir soal siasat ke alamat rumahnya sebelum ini.

“Saya didakwa dikehendak­i pihak SPRM dan perlu hadir ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan kerana terbabit dengan jenayah pengubahan wang haram.

“Saya terpinga-pinga dengan tuduhan itu apatah lagi saya tidak pernah sampai ke Labuan selama ini. Lelaki itu kemudian mengajukan pelbagai soalan pelik dan bertanya bagaimana saya memperoleh­i wang sebanyak itu,” katanya.

Menurutnya, dia tambah kaget apabila lelaki itu menengking dan menuduhnya bersikap ‘main-main’ kerana enggan menjawab soalan diajukan.

“Saya jadi keliru dan bertindak meletak telefon seketika. Saya kemudian segera menghubung­i ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk mendapatka­n kepastian.

“Bagaimanap­un, seorang pegawai bertugas mendakwa saya antara mangsa yang hampir diperdaya sindiket menyamar sebagai pegawai SPRM. Mujur saya tidak mudah terpedaya dan mengikut arahannya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia