Harian Metro

MSC Tun M beri ilham pada Jack Ma

- Meor Riduwan Meor Ahmad dan Alzahrin Alias cwnews@nstp.com.my

 Idea genius buka ruang tubuh syarikat Internet pertama di China

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan AliBaba, Jack Ma mendedahka­n inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC) memberi inspirasi kepadanya untuk membangunk­an Kumpulan Alibaba (Alibaba) yang kini menjadi syarikat e-dagang utama dunia.

Menurutnya, ketika membuka syarikat Internet pertama di China pada 1995, beliau tertanya-tanya bagaimana Internet dan teknologi digital dapat memperkasa masyarakat.

Katanya, pada satu hari, beliau membaca berita mengenai MSC yang diilhamkan Tun Dr Mahathir Mohamad kira-kira 20 tahun lalu.

“Saya fikir ‘wow’ ini adalah idea yang genius. Tahun lalu, apabila saya mendapat idea mengenai kerjasama eWTP (Platform Perdaganga­n Dunia Elektronik) dengan Malaysia, saya teringat ini adalah impian 20 tahun lalu yang perlu diimplemen­tasikan. Ia akan menjadi MSC sebenar dalam memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan golongan muda.

“Saya fikir jika Malaysia boleh melakukan ini, kenapa China tidak boleh. Mengapa saya tidak boleh melakukan ini untuk diri saya sendiri? Jadi Malaysia memberi sumber ilham kepada saya untuk menubuhkan AliBaba,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran pejabat serantau pertama Alibaba di Asia Tenggara disempurna­kan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Duta China ke Malaysia, Bai Tian.

Jack Ma berkata, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang membantu, sekali gus membolehka­n pejabat itu disiapkan dalam masa singkat.

Menurutnya, pejabat itu akan dijadikan pusat latihan setempat bagi melatih seramai mungkin usahawan muda PKS tempatan dalam ekonomi digital.

“Kami mahu membantu perusahaan kecil dan usahawan muda tempatan, memperkasa mereka dalam meneroka pasaran global dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

“Sehingga kini, Kumpulan AliBaba mencipta 36 juta peluang pekerjaan serta membantu berjuta lagi perusahaan kecil berkembang dengan pesat melalui ekonomi digital,” katanya.

 ??  ?? DARI kiri, Bai Tian, Jack Ma, Lim dan Gobind menunjukka­n tanda bagus pada majlis pembukaan pejabat pertama Alibaba di Malaysia, semalam.
DARI kiri, Bai Tian, Jack Ma, Lim dan Gobind menunjukka­n tanda bagus pada majlis pembukaan pejabat pertama Alibaba di Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia