Harian Metro

Dikunjungi 3 atau 4 juta orang setiap tahun

- DARI MUKA N27

Persatuan Taman Haiwan dan Akuaria Malaysia (MAZPA) menjangkak­an Malaysia mempunyai kirakira 40 taman haiwan atau zoo yang terdiri daripada pelbagai konsep ditawarkan kepada pengunjung.

Pengerusin­ya Dr Kevin Lazarus berkata, taman haiwan yang mempunyai pelbagai spesies sudah lama terdapat di Malaysia dan ketika ini banyak juga zoo atau taman haiwan mini diwujudkan khusus kepada sesuatu segmen saja seperti haiwan peliharaan, serangga, hidupan akuatik atau burung.

Beliau berkata, pihaknya menjangkak­an setiap tahun jumlah kehadiran pengunjung ke taman haiwan di seluruh Malaysia sentiasa meningkat. Dianggarka­n secara purata tiga atau empat juta pengunjung melawatiny­a setiap tahun.

“Biasanya jika kita bercakap berkenaan aktiviti melawat zoo pasti ada yang menjangkak­an ia hanya sesuai dengan aktiviti kanak-kanak. Namun sebenarnya dalam tinjauan kamia mendapati 80 peratus pengunjung adalah golongan dewasa.

“Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di dalam zoo sesuai semua peringkat usia kerana pemilik taman haiwan pada hari ini lebih kreatif menyediaka­n aneka pakej lawatan menarik kepada orang ramai,” katanya.

Dr Kevin berkata, zoo secara umumnya adalah lokasi terbaik untuk kanak- kanak mengenali haiwan liar atau binatang peliharaan dengan lebih dekat dan memahami kehidupan mereka menerusi maklumat yang disediakan.

Katanya, disebabkan itu zoo biasanya meletakkan papan tanda maklumat berhampira­n dengan lokasi yang menempatka­n haiwan tertentu seperti jenis pemakanann­ya, habitat dan nama saintifik.

“Apabila kanak-kanak melihat maklumat ini mereka

 ??  ?? PANDA antara haiwan yang mencuri perhatian apabila ia dibawa masuk
ke zoo di Malaysia.
PANDA antara haiwan yang mencuri perhatian apabila ia dibawa masuk ke zoo di Malaysia.
 ??  ?? SALAH satu reptilia yang menarik dilihat di zoo tempatan
SALAH satu reptilia yang menarik dilihat di zoo tempatan
 ??  ?? ZOO mengeratka­n hubungan manusia dan haiwan
ZOO mengeratka­n hubungan manusia dan haiwan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia