Harian Metro

Berkasih sayang dengan anak yatim

- DARI MUKA H41

“Saya akui mudah bersimpati apabila melihat orang dalam kesusahan. Ini kerana setiap minit yang berlalu sangat menyeksaka­n bagi mereka. Jadi saya cuba sedaya upaya mencari bantuan secepat mungkin. Apabila dapat membantu saya rasakan satu kepuasan yang sukar diluahkan.

“Air mata kegembiraa­n mereka itulah yang saya anggap sebagai penawar bagi segala kata nista yang dilemparka­n kepada saya dalam usaha membantu golongan kurang berkemampu­an. Memang benar kita tidak boleh memaksa semua orang setuju dengan apa yang kita lakukan. Jadi buatlah yang terbaik membantu tanpa mencalarka­n perasaan orang sekeliling,” katanya.

Menjalanka­n kerja amal secara berseorang­an jelas Natipah, dia lebih selesa bergerak secara bersendiri­an tanpa menyertai aktiviti persatuan atau organisasi. Untuk itu dia bebas memilih hendak bekerjasam­a dengan siapa saja tanpa sekatan. Namun begitu semua kerja amal dilakukan secara berjemaah dengan bantuan rakan Facebook.

“Percaya atau tidak kerja amal yang saya lakukan hanya mendapat sumbangan kewangan daripada rakan dan pengikut Facebook. Biasanya saya melancarka­n tabung untuk kes yang ingin dibantu saja menggunaka­n akaun peribadi. Saya sedar cara itu mendedahka­n kepada berbagai fitnah dan spekulasi tapi reda dan berpegang prinsip Allah ada.

“Pengalaman saya apabila meletakkan akaun orang yang memerlukan, apabila sumbangan sudah banyak kebanyakan­nya jadi gelap mata. Menyalahgu­nakan wang sumbangan untuk bermewah-mewah termasuk membeli kereta secara tunai. Menitik air mata saya apabila tahu perkara itu. Saya sedar penderma bukan jutawan. Ada yang menunggang motosikal dan ramai yang masih berhutang kereta. Sebaliknya ada penerima dengan senang hati membeli kereta tanpa hutang, ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Menjelaska­n lebih lanjut dalam setiap kerja amal dilakukan, Natipah tidak pernah mengharapk­an penghargaa­n atau balasan. Malah ada yang dibantu langsung tidak pernah bertemu. Sama seperti rakan Facebook yang menjadi penyumbang tetap, hanya berhubung menerusi alam

Natipah impi miliki rumah kebajikan tempatkan, beri

pelajaran kepada anak syurga

 ??  ?? MEMBERI sumbangan kepada pelajar sekolah bersempena Aidilfitri.
MEMBERI sumbangan kepada pelajar sekolah bersempena Aidilfitri.
 ??  ?? TURUT menyertai misi sukarelawa­n di luar negara.
TURUT menyertai misi sukarelawa­n di luar negara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia