Harian Metro

40% pelajar dibuang sekolah tak buat rayuan

-

Kuala Terengganu: Hampir 40 peratus pelajar yang dibuang sekolah di Terengganu tidak membuat rayuan untuk kembali bersekolah dan lebih cenderung bekerja walaupun pada usia muda.

Pengarah Pendidikan Negeri Shafruddin Ali Hussin berkata, kira-kira 1,300 pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri itu dibuang sekolah pada 2017 dan ada pelajar serta keluarga yang tidak membuat rayuan kerana sudah hilang minat belajar, selain mempunyai masalah keluarga.

Antara penyebab tindakan dibuang sekolah ialah salah laku berulang kali. Ada pelajar berkelakua­n liar digantung persekolah­an dan tidak dibenarkan memasuki sekolah sehingga 14 hari.

Beliau berkata, 30 peratus kes buang sekolah disebabkan tidak hadir ke sekolah secara berterusan dan peratusan sama turut membabitka­n masalah disiplin atau salah laku disiplin.

“Kebanyakan murid yang dibuang sekolah boleh diterima semula (untuk bersekolah) apabila merayu ke JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) atau PPD (Pejabat Pendidikan Daerah).

“Dasar pendidikan, jika dibuang sekolah kerana ketidakhad­iran, mereka boleh diterima di sekolah asal tetapi jika dibuang sekolah disebabkan masalah disiplin, kita galakkan mereka ditempatka­n di sekolah yang berlainan,” katanya.

Shafruddin berkata, secara keseluruha­n, kes pelajar dibuang sekolah masih terkawal berbanding dengan jumlah 240,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri itu.

Katanya, isu ketidakhad­iran dan salah laku murid dibincangk­an dalam mesyuarat jawatankua­sa tindakan negeri dan daerah yang diketuai beberapa pemimpin negeri.

“Masalah pengangkut­an untuk daerah pedalaman seperti di Setiu, Hulu Terengganu, Kemaman dan Dungun masih menjadi antara penyebab ketidakhad­iran, selain beberapa faktor lain seperti kecenderun­gan murid tidak hadir pada hari Ahad kerana perhimpuna­n sekolah,” katanya.

Shafruddin berkata, banyak langkah intervensi dilaksanak­an JPN dan PPD untuk mengatasi masalah itu, malah pihak sekolah juga meningkatk­an disiplin murid, selain intervensi yang membabitka­n jabatan dan agensi lain. -BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia