Harian Metro

Tiada lagi sendaan

- Ahmad Rabiul Zulkifli cnews@hmetro.com.my

 Lelaki tepis sindiran sukar dapat anak selepas dua isteri bersalin hampir serentak

Beberapa tahun lalu setiap kali menyambut Aidilfitri, Md Fairuz Al Syafiq A Rahman, 31, sering berasa tertekan apabila kerap ditanya mengenai anak, malah adakalanya berasa sakit hati apabila ada saudara-mara bergurau kasar mengenai hal itu.

Bagaimanap­un, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini amat berbeza apabila perasaan rendah diri dan sedih berputar 180 darjah menjadi bangga serta teramat gembira.

Mana tidaknya, Md Fairuz bukan saja mendapat isteri baru, malah kedua-dua isterinya melahirkan anak lelaki.

Katanya, hari raya kali ini paling bermakna sepanjang hidupnya kerana dapat beraya bersama dua isteri yang masing-masing melahirkan seorang anak lelaki dalam tempoh selang lebih sebulan.

“Sebelum ini, saya sedih apabila sering disindir segelintir kenalan dan saudara kerana belum memperoleh anak bersama isteri pertama, Wan Rafiah Mustafa, 31, selepas tiga tahun berkahwin.

“Ada juga yang memperleke­h kemampuan saya dan isteri kerana kami tidak ada anak seperti pasangan lain dan setiap kali raya, soalan wajib yang sering diajukan pasti berkait soal anak.

“Alhamdulil­lah, semua itu sudah berakhir. Saya dan isteri tidak akan dipersenda­kan lagi, malah kami bersyukur kerana kehadiran isteri kedua, Rafidah Saidi, 26, yang dikahwini pada 31 Mac 2017 memberi sinar baru dalam keluarga saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekati di sini.

Menurutnya, selepas mendapat kebenaran isteri pertama, dia berkahwin dengan isteri kedua dan dalam tempoh beberapa bulan selepas itu, isteri pertama disahkan mengandung sebelum isteri kedua juga mengandung.

Katanya, kesabarann­ya menahan sindiran sebelum ini ternyata berbaloi apabila mendapat dua anak yang cuma berbeza usia tidak sampai dua bulan.

“Mana-mana lelaki yang berada di tempat saya pasti gembira tak terkata kerana dapat dua isteri dan dua anak iaitu Muhammad Rafiq Ar Zafran yang kini berusia 60 hari dan Muhammad Rizqi Al Qadri, lapan hari.

“Malah, kami beraya bersama sebagai satu keluarga yang saling menyayangi antara satu sama lain.

“Pernah dulu saya berfikir panjang untuk bertandang ke rumah sanak saudara kerana bimbang diajukan soalan berkaitan anak, tetapi sekarang jika diizinkan, saya akan membawa dua isteri dan dua anak beraya ke rumah mereka sekali gus,” katanya.

Katanya, sebagai suami dan bapa, dia menyediaka­n semua kelengkapa­n menyambut Aidilfitri lebih awal.

 ??  ?? MD Fairuz bersama Wan Rafiah Mustafa (kiri) yang memangku anaknya, Muhammad Rafiq Ar Zafran dan Rafidah (kanan) bersama anaknya, Muhammad Rizqi Al Qadri.
MD Fairuz bersama Wan Rafiah Mustafa (kiri) yang memangku anaknya, Muhammad Rafiq Ar Zafran dan Rafidah (kanan) bersama anaknya, Muhammad Rizqi Al Qadri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia