Harian Metro

Jual 1,200 brownies sebulan

-

Kuala Terengganu: Keputusan seorang wanita berhenti kerja sebagai jurujual di sebuah syarikat swasta untuk menjalanka­n perniagaan kek dan brownies ternyata tepat apabila mampu menjual 1,200 brownies sebulan.

Julia Ayunny Hazwany Jafri, 23, dari Kampung Wakaf Mempelam di sini, berkata, dia memulakan perniagaan brownies itu secara serius bersama suaminya, Mohamad Meerza Danish Rosli, 25, sejak Februari lalu.

“Pada mulanya saya hanya membuat kek itu untuk makan sendiri dengan mempelajar­i dan menggunaka­n resipi di Internet pada April 2017.

“Selepas menyiapkan kek itu, saya berkongsi gambarnya di laman sosial sebelum ia ditempah seorang rakan yang ingin merasainya dan bermula daripada situ, saya mendapat idea untuk menjual brownies kepada rakan terdekat.

“Saya menerima 10 tempahan pertama sebelum kuasa tular menyebabka­n kek disediakan itu kian mendapat sambutan sehingga mendorong saya berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Julia Ayunny berkata, memandangk­an sambutan diterima sangat menggalakk­an, dia terpaksa mendapatka­n bantuan suami bagi menyiapkan tempahan dan akhirnya sepakat untuk berhenti kerja serta memberi tumpuan kepada perniagaan itu.

“Kami menerima tempahan melalui pelbagai saluran termasuk Instagram serta Facebook dan sehingga kini purata tempahan 25 hingga 40 kek brownies sehari,” katanya.

 ??  ?? JULIA Ayunny dan suaminya menunjukka­n kek brownies yang dijualnya.
JULIA Ayunny dan suaminya menunjukka­n kek brownies yang dijualnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia