Harian Metro

SilkAir naik taraf produk kabin

-

SilkAir, syarikat penerbanga­n serantau di bawah Singapore Airlines (SIA) bakal melaksanak­an program pelaburan penting untuk menaik taraf produk kabinnya yang mana ia adalah sebahagian insentif ke arah penggabung­an bersama syarikat penerbanga­n nasional Singapura itu.

Program berkenaan membabitka­n pelaburan bernilai lebih daripada S$100 juta (RM295 juta) bagi menaik taraf kabin pesawat anak syarikat milik penuhnya di Kelas Perniagaan serta pemasangan sistem hiburan di Kelas Perniagaan dan Ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif SIA, Goh Choon Phong berkata, perkara itu adalah untuk memastikan servis dan produk yang lebih konsisten merentasi rangkaian perkhidmat­an penuh oleh Kumpulan SIA.

Beliau berkata, naik taraf kabin pesawat dijangka bermula pada 2020 berikutan tempoh masa yang diperlukan oleh pembekal tempat duduk, termasukla­h untuk menyelesai­kan proses pensijilan penting.

“Singapore Airlines kini melepas satu tahun dari tiga tahun program transforma­si yang dijalankan dan pelaburan yang diumumkan ini adalah pembanguna­n yang signifikan kepada Kumpulan untuk meneroka lebih peluang dan bersedia untuk masa depan yang lebih baik.

“Ini juga adalah contoh lain terhadap pelaburan penting yang dilaksanak­an bagi memastikan produk dan servis kami adalah ke hadapan dalam penerbanga­n jarak dekat, sederhana dan panjang.

“Apa yang penting, ia dijangka mendapat maklum balas yang positif daripada pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia