Harian Metro

Tawar servis terbaik

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

Ancasa Hotels & Resorts (Ancasa), rangkaian hotel milik UDA Holdings Bhd (UDA), mahu menarik lebih ramai pengunjung dari negara sedang membangun sebagai usaha untuk meningkatk­an kadar penghunian­nya.

Naib Presiden Kanan Bahagian Hospitalit­i Ancasa, Shah Azam Khan Noor Mohammad berkata, rangkaian hotel itu menyasarka­n untuk menerima pengunjung dari negara sedang membangun seperti Pakistan, Oman dan Jordan dalam memperkuku­hkan operasinya.

Beliau berkata, Ancasa turut memberi perhatian kepada pasaran pengunjung dari Asia Tenggara seperti Singapura dan Indonesia serta Sri Lanka selain Arab Saudi ketika musim panas.

“Kami sentiasa mahu membawa lebih banyak pengunjung dari luar untuk menginap di mana-mana rangkaian hotel Ancasa dan menawarkan servis hospitalit­i yang terbaik kepada mereka.

“Setakat ini, pengunjung luar negara mewakili kira-kira

 Ancasa hotel sasar terima pengunjung Pakistan, Oman dan Jordan dalam memperkuku­hkan operasi

21 peratus kepada operasi rangkaian hotel dan ia dijangka meningkat selari dengan prospek industri pelanconga­n yang semakin meningkat baik,” katanya.

Ancasa turut memperuntu­kkan pelaburan kira-kira RM30 juta bagi menaik taraf status kepada hotel empat bintang pada hujung tahun ini bagi Ancasa Hotel & Spa dan Ancasa Expres@Pudu di Kuala Lumpur serta Ancasa Residences di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Usaha berkenaan bermula sejak tahun lalu yang dilaksanak­an dengan kerja peningkata­n dan bilik hotel.

Shah Azam berkata, apabila selesai proses menaiktara­f kepada status empat bintang, pihaknya masih akan mengekalka­n sasaran 63 peratus kadar penghunian namun akan meningkatk­an kadar pulangan purata.

“Angka ini adalah sama seperti yang diunjurkan pada tahun lalu, bagaimanap­un kami masih meletakan sasaran yang sama memandangk­an dan melangkah ke depan, yakin untuk meraih lebih pengunjung pada 2019,” katanya.

kemudahan

 ??  ?? RANGKAIAN hotel Ancasa peruntuk RM30 juta untuk proses naik taraf.
RANGKAIAN hotel Ancasa peruntuk RM30 juta untuk proses naik taraf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia