Harian Metro

Susun semula jenama Tune Protect

-

Kuala Lumpur: Tune Protect Group Bhd (Tune Protect) akan melaksanak­an inisiatif bagi mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai peneraju penyedia insurans di Asia dan meningkatk­an penguasaan­nya dalam pasaran digital.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Razman Hafidz Abu Zarim berkata, antara inisiatif yang diambil syarikat adalah menyusun semula jenama Tune Protect untuk memberi penampilan yang lebih segar, sekali gus memenuhi jangkaan generasi celik teknologi.

“Pertumbuha­n e-dagang dan runcit dalam talian global menunjukka­n peningkata­n AS$1.5 trilion dalam pendapatan dalam tempoh 2014 hingga 2018 dan ia diunjur meningkat kepada AS$4.8 trilion menjelang 2021. “Kami melihat segmen ini sebagai peluang pertumbuha­n pada masa akan datang. Pertumbuha­n purata trafik menunjukka­n peningkata­n 15 peratus dari bulan ke bulan dan Tune Protect kini adalah pendahulu penyedia insurans kembara di negara,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), di sini.

Beliau berkata, syarikat juga meneruskan pendekatan harga dinamik yang dipertingk­atkan pada separuh kedua 2018 bagi menawarkan produk yang bersesuaia­n kepada pengguna.

“Selain itu, keyakinan terhadap sektor digital turut disokong oleh pelaburan dalam syarikat Insurtech

peer-to-peer (P2P) yang berpangkal­an di United Kingdom (UK).

“Pelaburan itu dijangka selesai pada suku kedua 2018 yang mana kumpulan akan memperoleh faedah ekuiti dalam syarikat terbabit dan memberi akses kepada model perniagaan dan keupayaan teknologi Insurtech,” katanya.

Sementara itu, Tune Protect meraih RM171.3 juta untuk premium bertulis kasar (GWP) dengan pendapatan operasi (OR) RM142.9 juta dan keuntungan selepas cukai RM18.2 juta pada suku pertama 2018.

 ??  ?? RAZM AN
RAZM AN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia