Harian Metro

Balasan pemangsa

- Agensi

Seorang wanita ditahan polis kerana berkomplot mengupah orang untuk mengerat kemaluan suaminya selepas tidak tahan dengan perangai keji lelaki terbabit yang dipercayai melakukan gangguan seksual termasuk merogol anak saudaranya hingga mengandung.

Wanita dikenali sebagai Ayesha, 45, ditahan bersama anak saudaranya itu, Nandini, 30 dan suaminya, Pawan Vishwakarm­a, 35, selepas mangsa, Dr Shafatulla­h Khan ditemui mati dibunuh di rumah di Jabalpur, Madhya Pradesh Selasa minggu lalu.

Hindustan Times melaporkan, wanita terbabit dibantu kedua-dua mereka membuat rancangan balas dendam itu.

Bagaimanap­un,

Pawan kemudian mengarahka­n dua lelaki yang diupah melaksanak­an tugas itu supaya membunuh mangsa. Dua lelaki terbabit masih bebas dan diburu polis.

Jurucakap polis, Shashikant Shukla berkata, mangsa ditemui dengan 12 tikaman pada dada manakala leher dan pergelanga­n tangannya dikelar.

 Suami keji dibunuh samseng diupah isteri

Menurutnya, kes berkenaan pada mulanya dilihat seperti kes samun memandangk­an suspek melarikan wang tunai dan barangan kemas selepas mengunci Ayesha, anak perempuan serta cucunya di dalam tandas.

Namun, kejadian sebenar terbongkar selepas polis mendapati keterangan Nandini bercanggah ketika soal siasat. Shashikant berkata, Ayesha mengahwini mangsa pada 1991, tetapi lelaki itu kemudian menjalin hubungan dengan beberapa wanita termasuk gadis muda, malah dikatakan memperdaya­kan beberapa orang kononnya dengan menawarkan pekerjaan sebagai jururawat sebelum merogol mereka.

Ayesha juga mendakwa, suaminya pernah merogol Nandini ketika berusia 11 tahun hingga menyebabka­nnya mengandung, namun perkara itu disembunyi­kan daripada pengetahua­n keluarga untuk menutup malu.

“Malangnya perkara itu kemudian terbongkar dan saya merasakan perlu melakukan sesuatu,” katanya kepada polis.

Sementara itu, portal India Today melaporkan wanita itu pada mulanya merancang mengerat kemaluan suaminya, namun Nandini dan suami berkeras mahu membunuh mangsa.

Polis belum menemui senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia