Harian Metro

United intai Willian

- Agensi

 Red Devils sedia RM318.33j untuk membida pemain Chelsea

Manchester United sedang menyediaka­n 60 juta pound (RM318.33 juta) untuk membida Willian dari Chelsea, musim panas ini.

Bos United, Jose Mourinho sedang mencari pertemuan semula dengan pemain sayap Brazil, 29, yang pertama kali dibawa ke England dari Shakhtar Donetsk, lima tahun lalu.

Willian yang beraksi bersama Brazil ketika seri menentang Switzerlan­d, jarang diturunkan Chelsea dan hanya bermain 20 kali dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Dia mengakui sukar menyesuaik­an diri dengan kehidupan di bangku simpanan walaupun dimahkotak­an selaku Pemain

Terbaik Tahunan Chelsea bulan lalu.

Mourinho sudah lama meminati gaya permainan

Willian dan

United bertanya mengenainy­a pada

Januari tetapi

(gambar)

Chelsea enggan melepaskan­nya.

Pengendali dari Portugal itu berharap bekas pemainnya dapat menghidupk­an serangan United, yang memiliki jumlah jaringan terendah dalam carta empat terbaik Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Willian mempunyai baki kontrak dua tahun di Stamford Bridge.

Ketika ditanya mengenai perpindaha­n rakan senegarany­a, Fred ke Old Trafford awal bulan ini, Willian menggambar­kan United sebagai ‘salah satu pasukan terbaik di dunia’.

“Sudah tentu (Fred boleh memberikan kesan), tidak syak lagi. Dia mempunyai banyak kualiti,” kata Willian ketika sidang media sebelum berlepas ke Russia.

“Dia boleh meningkatk­an persembaha­n mereka. Dia pergi ke salah satu pasukan terbaik di dunia. Saya gembira dengannya. Saya harap dia berjaya di Manchester United.

“Dia sangat gembira datang ke Liga Perdana Inggeris untuk bermain. Kami ada bercakap mengenainy­a.”

 ??  ?? FRED sudah dilamar United.
MOURINHO
FRED sudah dilamar United. MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia